BELFAST – Seorang remaja Ireland, Jack Surgenor, 14, telah
bertindak di luar dugaan apabila meluru ke arah Ratu Elizabeth
semata-mata mahu merakamkan gambar selfie dirinya bersama pemerintah
Britain itu yang melakukan lawatan rasmi ke Ireland utara selama tiga
hari.
Kejadian berlaku sewaktu rombongan diraja itu berada di pasar tertutup St George di sini untuk sesi lawatan. Gambar selfie Surgenor itu kemudian telah didedahkan oleh rancangan televisyen, ITV News. Melalui satu rakaman pendek yang disiarkan, Ratu Elizabeth kelihatan
sedikit terkejut apabila secara tiba-tiba seorang remaja lelaki melompat
keluar daripada kelompok orang ramai semata-mata mahu merakam gambar
selfie.
Gambar selfie bersama pemerintah Britain itu kemudian telah tersebar dengan meluas dalam laman sosial. Dalam lawatan itu, Ratu Elizabeth turut melawat ke set studio sewaktu penggambaran filem Titanic. – Agensi
0 comments:
Post a Comment