Responsive Banner design
Home » » Warga Emas Dihalau Keluar Gara-Gara Asap Rokok

Warga Emas Dihalau Keluar Gara-Gara Asap Rokok


Berlin: Sebuah mahkamah memerintahkan seorang warga emas keluar dari tempat tinggal yang didiami sekurang-kurang sejak 40 tahun lalu selepas jiran mengadu tidak tahan dengan bau asap rokoknya.

Friedhelm Adolfs, 75, diberi masa sehingga hujung tahun ini untuk mengosongkan apartmen di bandar Duesseldorf selepas rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini gagal.

Menurut mahkamah daerah, merokok bukan punca seseorang penghuni diusir daripada menetap di situ.

Namun, disebabkan pesara itu membiarkan asap rokok meresap hingga ke ruang depan apartmen itu, ia menimbulkan ketidakselesaan penghuni lain.

Difahamkan, warga emas berkenaan gagal menghilangkan bau asap rokok dan membersihkan bekas abu rokoknya. Menurut sumber, Adolfs juga pernah diberi amaran beberapa kali pada 2012, namun gagal untuk mengubah sikapnya. “Walaupun gagal dalam rayuan sebelum ini, pesara itu dibenarkan untuk membawa kes ini ke mahkamah persekutuan,” katanya ketika ditemui.


Kes itu mendapat liputan meluas di Jerman, menjadikan Adolfs perokok tegar kedua selepas Helmut Schmidt, 95, bekas Canselor yang terkenal kerana tabiat tidak lekang daripada rokok walaupun ketika temu bual di televisyen. Sementara itu, 16 negeri di Jerman mengharamkan pengunjung menyalakan rokok di bar dan restoran sejak Julai 2008. - AFP

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates