GARA-GARA membelanjakan £10,000 (RM54,700.1) daripada £52,000
(RM284,441) wang yang dikreditkan secara tidak sengaja oleh pihak bank
ke dalam akaunnya, seorang ibu tunggal di England terpaksa berdepan
dengan perintah mahkamah yang mengarahkannya membayar semula wang
tersebut. Michaela Hutchings, 23, melakukan perbuatan itu pada April tahun lalu dan kini dibicarakan di mahkamah atas kesalahan itu. Wanita itu diberi peluang enam bulan untuk membayar wang yang telah
digunakannya selain wajib melakukan kerja komuniti selama 150 jam.
Kegagalannya untuk berbuat demikian bakal menyebabkan dia dikenakan hukuman penjara selama 20 bulan. Hutchings membelanjakan wang tersebut dengan membeli kasut, beg tangan
dan kaca mata berjenama mewah termasuklah Gucci, Louis Vuitton, Ralph
Lauren and Dior.Dia juga memberikan sedikit wang itu kepada ibunya. Hutchings bagaimanapun mempertahankan tindakannya itu dengan berkata,
sesiapa sahaja akan melakukan perkara yang sama jika berada dalam
situasinya. Bagi membayar balik wang tersebut, dia telah melelong pakaian berjenama yang dibelinya. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment