LOS ANGELES – Seorang wanita mirip selebriti Hollywood Kim
Kadarshian didakwa menjadi ketua baharu skuad pembunuh elit yang digunakan oleh
kartel dadah paling berbahaya di Mexico, lapor akhbar MailOnline semalam.
Wanita berkenaan,
Claudia Ochoa Felix atau digelar Maharani Antrax turut memiliki sepucuk raifal
AK-47 berwarna merah jambu. Dia dipercayai menjadi
ketua skuad pembunuh Los Antrax yang digunakan oleh kartel dadah Sinaloa untuk
melakukan pembunuhan dan serangan balas dendam.
Wanita berusia 27 tahun
itu menggunakan media sosial untuk menceritakan tentang gaya hidupnya. Felix turut memuat naik
gambarnya memegang senjata, berdamping dengan seekor harimau bintang dan
memakai pakaian ketat termasuk pakaian renang. Gambar-gambar itu turut
memperlihatkan imej anak-anaknya.
Terdapat juga gambar yang menunjukkan seorang anak perempuan
yang berbaring di katil dengan dikelilingi ratusan wang kertas. Dalam pada itu, beberapa
sumber perisikan Amerika Syarikat (AS) menamakan kartel Sinaloa sebagai
organisasi pengedaran dadah paling berkuasa di dunia.
Kartel dadah itu
dipercayai terlibat dalam sebahagian besar heroin yang diseludup masuk ke AS. –
Agensi
0 comments:
Post a Comment