Responsive Banner design
Home » , , » 50 Rawatan Kosong Ringgit

50 Rawatan Kosong Ringgit



Kosnya percuma. Dan lupakan caj hospital atau klinik, kerana kita sebenarnya punya doctor di rumah. Ya, tahukah anda, banyak penyakit boleh dicegah, dikawal dan dirawat; jika anda tahu dan faham akan beberapa perkara asas yang boleh dilakukan sendiri dari rumah? InTrend kongsikan 50 panduan mudah, mencegah dan merawat beberapa penyakit umum yang lazim berlaku dalam keluarga anda. 

Jika Hidung Berdarah 
1.    Anda perlu bertenang untuk mengawal simptom hidung berdarah. Jangan panik.
2.    Jika terasa mahu pitam, segera duduk bersandar. Picit pelepah hidung selamat 5 - 10 minit (betul-betul pada lekuk hidung bahagian atas, dekat batang hidung). Bernafaslah melalui mulut.
3.    Jangan sekali-kali memasukkan tisu atau putik kapas ke dalam hidung untuk menghentikan pendarahan.
4.    Jika hidung gatal dan ingin bersin, bersinlah dengan mulut yang terbuka.
5.    Jangan minum air panas, alkohol atau merokok.
6.    Apabila tidur, pastikan anda mengalaskan kepala dengan tinggi. Gunakan dua atau tiga biji bantal untuk mengampu kepala agar lebih tinggi daripada aras dada (apabila berbaring).
7.    Jika takut hidung kembali berdarah kerana hidung kering dan berkerak di dalamnya, sapukan sedikit jeli petroleum di dalam hidung. Lakukan beberapa kali sehari. Ia melembut sambil melindungi membran sensitif pada hidung.

Jika Mengalami Migrain
8.     Jika keadaan mengizinkan, segera baring di dalam bilik yang gelap dan senyap. Pastikan anda berbantal. Lelap dan cubalah untuk tidur.
9.    Hindari coklat. Minumlah air masak dengan banyak, sepanjang hari. Lebih- lebih lagi jika anda muntah-muntah.
10.    Hindari memandu pada cuaca yang panas terik.
11.    Jangka masa tidur harus konsisten. Tidak cukup tidur atau terlebih tidur boleh menjadi pencetus migrain.

Jika Ada ULSER MULUT
12.     Makanlah makanan yang lembut seperti yogurt, kastard atau ais krim. Minumlah juga air yang sejuk.
13.     Jauhi makanan atau minuman yang boleh memburukkan lagi kondisi ulser seperti buah-buahan dan minuman sitrus, kopi, makanan pedas atau berempah, makanan keras seperti kacang, juga minuman panas.
14.     Berkumur-kumurlah dengan cecair antiseptik. Atau bancuh setengah sudu teh garam di dalam 250ml air masak. Gunakan larutan ini untuk berkumur selama 30 saat. Pastikan larutan masin membasahi dinding ulser.

Jika SAKIT TEKAK
15.     Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air masak sehari. Tekak akan menjadi lebih sakit dan pedih jika ia dibiarkan kering.
16.     Hindari minuman jus sitrus yang terlalu pekat dan berserat kerana ia asidik dan boleh merengsakan kerongkong.
17.     Makan ais krim kerana sifatnya yang sejuk boleh melegakan tekak yang perit.
18.     Tahukah anda, suhu bilik yang dingin dan lembap boleh membantu memulihkan tekak yang kering? Simpan semangkuk besar air, gantungkan tuala yang basah atau gunakan kipas elektronik yang mengandungi air.
19.     Jauhi asap kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Jika Mata Berketumbit
20.    Jangan sekali-kali picit bintil ketumbit yang tumbuh dekat mata. Sebaliknya, rendamkan kapas bersih di dalam air hangat, perah sedikit, kemudian tekap pada ketumbit. Tekap-tekapkan selama 15 minit. Basahkan semula kapas tadi (atau gunakan kapas baru jika perlu) dengan air hangat. Ulang beberapa kali.
21.     Jangan sekalikali mengenakan solekan pada mata jika ada ketumbit.
22.     Jangan pakai kanta lekap jika mata ditumbuhi ketumbit. Ia menambah risiko berlakunya jangkitan mata.
23.     Jika ketumbit pecah, bersihkan segera mata anda dengan air hangat. Kemudian lap kering dengan tuala bersih.
24.     Basuh tangan dengan bersih sebelum dan selepas memegang ketumbit.
25.     Hindari menggunakan alat solek yang telah luput tarikh

Jika Ada JANG KITAN FUNGUS PADA KAKI
26.     Hal ini lazim berlaku pada celah jari kaki di mana ia luka, berkuping putih, kulit merekah, merah bahkan gatal-gatal. Anda boleh merawat jangkitan fungus ini dengan menyapukan krim antifungus yang boleh dibeli di farmasi.
27.     Basuh kaki dua kali sehari. Selepas membasuh kaki, keringkan dengan sempurna. Pastikan bahagian sempit (sudut antara dua jari kaki) dikeringkan dengan elok. Gunakan tuala khusus untuk kaki.
28.     Jangan berkaki ayam apabila berjalan di dalam bilik mandi awam (atau tempat menukar pakaian awam, khususnya di pusat kolam renang awam). Pakai selipar.
29.     Jika kerap memakai kasut bertutup, sesekali, sarungkan kasut terbuka untuk pengudaraan kaki.
30.     Pakai stoking serap peluh dan gantilah ia setiap hari.

Jika DEMAM CACAR AIR
31.     Redakan gatal seluruh badan dengan mandian air suam, dua ke tiga kali sehari. Tambahkan sodium bikarbonat (soda penaik) ke dalam air mandian untuk menolong mengurangkan kegatalan. Atau, campur sedikit losen berasaskan oatmeal ke dalam air mandian.
32.     Sapukan losen calamine (boleh dibeli di mana-mana farmasi) pada kulit selepas mandi, juga sebelum tidur.
33.     Jika anak kecil mengalami demam cacar air, potong pendek kukunya kerana dia mungkin menggaru-garu kulitnya semasa tidur. Atau pakai sarung tangan fabrik, ia mengecilkan risiko merebaknya kuman pada bahagian badan lain.
34.     Sekiranya bintil cacar air tumbuh di dalam dinding mulut, berkumurkumurlah dengan larutan air garam hangat.
35.     Jangan dedahkan diri anda di tempattempat awam (pejabat, sekolah atau pusat membeli-belah). Juga, jauhi wanita hamil. Lima hari pertama semenjak tumbuhnya bintik cacar air yang pertama adalah waktu kritikal dan anda berpotensi merebakkannya kepada orang lain.
36.     Jangan berkongsi sikat, sabun, loofah mandi, tuala mandi, tuala muka, pakaian atau stoking.

Jika ANDA ‘JET LAG’
37.     Perjalanan udara yang jauh meletihkan minda dan fizikal. Rehatlah secukupnya (tidur malam lapan jam) sebelum hari penerbangan. 
38.    Banyakkan minum air masak dan jus segar buahbuahan, sebelum dan semasa penerbangan untuk mencegah penyahhidratan.
39.    Jauhi kopi atau minuman berkafeina lain, tiga jam sebelum tidur kerana ia akan menyukarkan lagi proses merehatkan diri.
40.     Jet lag boleh mengganggu tahap konsentrasi anda. Jadi jangan memandu kereta ketika masih jet lag.
41.     Jika anda perlu tidur semasa penerbangan, dengarlah muzik lembut yang menyamankan, tutup mata dengan eyeshades dan gunakan bantal khusus menyokong leher.

Jika TELINGA TERSUMBAT
42.     Tahukah anda, telinga mempunyai rerambut halus yang berfungsi untuk ‘menyapu keluar’ lilin atau tahi telinga. Apabila‘tugas’ ini terganggu tahi telinga bakal terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih dalam lalu menjadi keras. Ketulan keras dan mampat ini boleh dilembutkan dengan ubat titis telinga (contohnya SOLUWAX) yang boleh dibeli di farmasi.
43.     Anda juga boleh gunakan minyak zaitun asli atau minyak badam.
44.     Menggunakan putik kapas dengan kerap menyebabkan kebanyakan tahi telinga ditolak ke dalam (dekat gegendang), menyebabkan ia terkumpul lalu kering. Bersihkan bahagian luar lubang telinga menggunakan tuala bersih setiap kali mandi.

Jika KULIT BERKURAP 
45.     Pastikan kulit sentiasa bersih dan kering. Kulit yang basah dan terperap (misalnya kerana memakai kasut) merangsang pembiakan kurap dan panau.
46.     Jangan sentuh haiwan yang memperlihatkan simptom jangkitan kurap (misalnya bulu gugur).
47.     Jika ada panau pada kulit kepala, bersyampulah dengan syampu yang lembut (boleh gunakan syampu bayi). Jangan   pakai gel, mousse atau minyak rambut.
48.     Cucilah tudung, skarf, sikat, baju, tuala mandi, sarung bantal dan cadar katil untuk menghindari jangkitan semula. Dan jika celana dalam yang dipakai kotor, basah atau lembap, tukarlah dengan segera.
49.     Sapu krim antifungal pada kulit yang berkurap, dua hingga tiga kali sehari. Ia mungkin boleh hilang sepantas satu minggu.
50.     Gunakan produk mandian dan krim kulit berasaskan oatmeal.


-InTrend

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates