Responsive Banner design
Home » , » Bahana Cincin Hikmat Isteri Longlai

Bahana Cincin Hikmat Isteri Longlai

Kisah ini pula Raden peroleh daripada teman yang bertugas sebagai peguam. Dalam banyak-banyak kes yang Hisham kendalikan, terdapat satu kes yang baginya tidak wajarnya dilakukan oleh seorang lelaki Islam. “Kes suami nak tunjuk kuat Raden. Katanya lebih puas dan nikmat,” Hisham memulakan bicara. Raden terkedu, antara loya, jelik dan pelik.
 “Ada juga lelaki macam itu Sham?” soal Raden kehairanan. “Namanya pun manusia Raden, takkan pernah puas dengan apa yang dia ada? Eh, terasa merah pula muka aku bercakap topic ni dengan kau. Almaklumlah ini private and confidential,” ujar Hisham.
“Tak payah malu dengan aku. Ini kan berguna juga untuk pengetahuan aku,” tegas Raden meyakinkan Hisham. Perbincangan kami semakin rancak tatkala melihat tajuk utama terpampang di sebuah akhbar tabloid yang berbunyi: “Derita Isteri Suami Ganas”.
“Kau tengok ni Raden. Lupakan sekejap yang media macam tabloid ni selalu mensensasikan isu, tapi cuba tengok masalah masyarakat kita sekarang. Inilah antara isu utama malapetaka rumahtangga orang Melayu sekarang,” terang Hisham dengan riak wajahnya yang serius.
“Macam satu kes aku handle pasangan suami isteri ini. Isteri datang mengadu nak minta cerai. Bila aku soal siasat, rupa-rupanya suami dia yang bermasalah. Kata isteri, setiap kali bersama, suami dia yang beria-ia ‘bersiap’. “Err, bukan sepatutnya isteri yang ‘bersiap’ ke? Spray perfume ataupun pakai gaun satin malam bagai?” celah Raden.
“Itu cara orang perempuan. Cara suami klien aku ni lain sikit. Isteri mengadu suami dia gunakan ‘cincin hikmat’ semata mata nak besarkan alat sulit. Waktu awal perkahwinan suami dia tak ambil pusing soal ni. Tapi selepas terjebak menonton filem lucah, suami dia berubah. Suami dia mula google dan pergi ke blog-blog yang jual produk untuk besarkan alat sulit,” ujar Hisham. Raden sekadar memasang telinga dan cuba memahami jalan cerita kes yang pernah Hisham kendalikan itu.
“Kata suaminya lagi, kali pertama memakai cincin itu ada kelainan yang dirasa kala mereka melakukan hubungan intim. Lebih puas katanya.Tetapi si isteri tidak pula merasai perbezaan bahkan membangkang keras penggunaan cincin itu. Lama kelamaan, si suami taasub dan teruja sebab alat yang dibeli mendatangkan hasil. Bertitik tolak daripada itu suami dia kerap bereksperimentasi dengan pelbagai jenis cincin. Menurut si isteri, suaminya memilih untuk menggunakan cincin sebab ia boleh mantapkan selain beri kepuasan pada isteri dengan klimaks lebih cepat dan boleh dilakukan berulang kali,” jelas Hisham panjang lebar. Tekak Raden sedaya mungkin menahan agar tidak mengeluarkan makanan yang baru dijamah tadi. Hohoi,
pening dan muntah rasanya!
“Kau okey ke Raden aku cerita pasal ni? Walaupun kau dah kahwin tapi aku control malu aje ni,” jelas Hisham disusuli dengan hilai tawa. “Aku okey lagi Sham. Lepas itu apa yang jadi pada suami isteri itu? Berapa lama keadaan itu berlanjutan sehinggakan si isteri datang mengadu dengan engkau?”
soal Raden penuh minat. “Sepanjang tempoh empat tahun berkahwin, si isteri menderita dengan masalah suaminya ini. Untuk pengetahuan kau, memang ada di pasaran penjualan cincin hikmat ni. Tapi tak semua boleh dipakai malah doktor pun tak galakkan sebab lebih banyak risiko. Menurut si isteri, setiap kali melakukan hubungan intim suami dia akan gunakan cincin itu. Bila isteri menolak suaminya membelasah,” terang Hisham terperinci. Tambah Hisham lagi, si suami juga gemar mencuba produk-produk lain semata-mata ingin memberi nilai tambah kepada alat sulit. Pemberat, pil dan banyak lagi produk dibeli untuk memastikan alat sulit suami kekal gagah.
“Yang menderita adalah si isteri sebab tidak tahan melayan nafsu suami. Si isteri turut mengadu bekas jahitan selepas melahirkan anak sulung mereka turut koyak-rabak kesan daripada pemakaian cincin hikmat suaminya. Cuba kau bayangkan benda besar nak masuk ke dalam tempat yang kecil. Takkah menganiaya namanya tu? Itulah punca cerita, akhirnya si isteri tuntut cerai,” ujar Hisham sambil membelek akhbar. “Kalau nak bercerai Raden, punca yang sekelumit pun boleh jadi isu besar. Dah macam-macam kes aku lihat. Jadi kita yang masih ada rumah dan tangga ini, peliharalah sebaiknya. Semua perkara terkait dalam soal ini. Solat dan peranan ilmu agama perlu diutamakan. Sebab itulah tunjang kepada kita yang beragama Islam,” ulas Hisham
Mengakhiri perbincangan kami. Apa yang Raden dapat simpulkan daripada kisah bahana keganasan seks dalam rumahtangga adalah tiadanya kesefahaman dalam konteks hubungan intim yang sebenar. Suami dan isteri perlu memahami
tanggungjawab masing-masing dalam menyempurnakan nafkah zahir dan batin, saling memuaskan kata orang. Kepada suami, usah mementingkan kepuasan nafsu sendiri semata-mata. Lesen perkahwinan bukan sebab mutlak kalian boleh memperlakukan isteri sesuka hati seperti hamba seks. Ingat! Kalian bukan raja dan isteri bukan hamba. Berbincanglah dengan isteri agar dia dapat dipuaskan mengikut cara yang baik dan tidak dilaknat agama. Dan ingatlah juga, isteri yang telah kalian kahwini itu bukan pelacur.

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates