Awie Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri
Unknown
6:39 PM
No comments
Penyanyi rock terkenal kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas dakwaan mencederakan isterinya, bulan lepas. Awie, 46, yang memakai jaket berwarna hitam dan berseluar jeans biru membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Awie yang merupakan pelakon utama filem 'Zombie Kampung Pisang' dan 'Hantu Kak Limah' didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana Misbun, 36, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun lepas. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Peguam Hazman Harun, yang mewakili Awie memohon jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh memberi kerjasama semasa proses siasatan dan hadir setiap kali dipanggil pihak polis untuk disiasat. "Tujuan jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh dan tidak ada sebarang kemungkinan untuk anak guam saya melarikan diri kerana dia merupakan 'public figure' yang menjadi tumpuan orang ramai," katanya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan dua orang penjamin dan menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes. Dia membayar wang jaminan itu. Ketika ditemui pemberita sejurus selesai prosiding, Awie berkata beliau tidak menyangka kejadian yang berlaku akan berakhir seperti itu. Namun, penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Sejati' itu tidak dapat mengulas lanjut kejadian yang berlaku kerana tidak mahu mengganggu prosiding kes mahkamah.
Ditanya mengenai implikasi kejadian yang berlaku terhadap karier seninya, Awie berkata: "Kalau ada rezeki saya ada la, saya hanya berserah kepada Allah". Turut hadir pada prosiding hari ini ialah beberapa orang rakan tertuduh termasuk dua anggota kumpulan Wings iaitu Joe dan Eddie.
Sumber
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu men...
-
PARIT BUNTAR - Gara-gara kesalahan ejaan, seorang jurugambar menjadi bahan kecaman dalam laman sosial apabila gambar dimuat naik bagi t...
-
Aktres popular Rita Rudaini telah membuat permohonan menuntut RM300,000 sebagai bayaran mutaah daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdu...
-
Sekadar Hiasan Ampang: Seorang doktor muda kasanova dipercayai aktif memikat ramai gadis dan remaja menggunakan ayat novel cinta sebelu...
0 comments:
Post a Comment