Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61 tahun, yang
meninggal dunia awal pagi tadi, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit
Kiara ibu negara.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya jam 1.26 pagi di
Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya, akibat penyakit fibrosis
paru-paru. Jenazah allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas
solat jenazah di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail kira kira jam 11:30 pagi.
Turut mengiringi jenazah ialah ahli keluarga termasuk anak tunggalnya, Aliff
Omar Ali, sanak saudara dan rakan artis. Pengkebumian allahyarham diawalkan
kira kira jam 12.15 tengahari, mengikut permintaan keluarga. Aliff
ketika ditemui media, meminta semua pihak menghalalkan semua kesilapan
yang dilakukan ibunya dan berdoa untuk arwah.
0 comments:
Post a Comment