Responsive Banner design
Home » , » Banduan Kahwin Di Penjara Peru

Banduan Kahwin Di Penjara Peru

LIMA, Peru - Seorang banduan warga Belanda, Joran van der Sloot berkahwin dengan kekasihnya yang hamil, Leidy Figueroa di penjara Piedras Gordas yang dikawal dengan ketat di sini kelmarin.
Seorang peguam Sloot, Maximo Altez berkata, anak guamnya itu berkahwin dengan Figueroa, 24, pada satu majlis peribadi.
Menurutnya, majlis perkahwinan itu tidak dihadiri saudara-mara kedua-dua pengantin tersebut.
Sloot, 24, memakai pakaian dan kasut perkahwinan yang dihantar oleh ibunya.
Dia berkenalan dengan Figueroa yang menjual barang-barang di dalam penjara itu.
Sloot menjalani hukuman penjara selama 28 tahun kerana membunuh seorang wanita yang ditemuinya di sebuah kasino di Lima.

Pada tahun 2011, dia mengaku membunuh gadis tersebut, Stephany Flores, 21, yang merupakan pelajar jurusan perniagaan.
Dia membuat pengakuan itu selepas seorang remaja Amerika Syarikat (AS), Natalee Holloway didapati hilang.
Sloot dijangka kekal berada di dalam penjara sehingga tahun 2038.
Dia kemudian akan dihantar ke AS untuk menghadapi dakwaan pemerasan dan penipuan kerana berjanji untuk membawa ibu Holloway menyaksikan jenazah anaknya sebagai pertukaran untuk memperoleh bayaran.
Sloot memberitahu kekasihnya yang hamil tujuh bulan itu dengan berkata: "Saya mahu berkahwin dengan anda semula selepas (dia dibebaskan)."
Datuk Bandar Ancon, John Barrera berkata, Figueroa kemudian memberikan reaksi balas dengan memberikan jawapan yang sama kepada Sloot. - AP




0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates