Fenomena El Nino boleh
menyebabkan cuaca lebih panas dan kering memberi kesan mengurangkan taburan
hujan di negara ini, ketika musim tengkujuh.
Menurut, Ketua Pengarah Jabatan
Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail, jangka hayat musim tengkujuh juga akan menjadi
lebih panjang sehingga 190 hari. Tambahnya, keadaan itu, bakal memberi kesan
kepada musim banjir lebih ekstrem yang sering melanda negara khasnya kawasan di
pantai timur dari November hingga Januari setiap tahun.
Tempoh normal jangka
hayat musim tengkujuh, adalah 130 hari yang sering menyebabkan kejadian banjir
besar berlaku saban tahun. El nino pula boleh melanda negara sehingga 18 bulan.
Dan bagi mengenal pasti kejadiannya, jabatan meteorologi memerlukan tempoh 5
bulan bagi menganalisis peningkatan suhu di lautan pasifik tengah dan timur.
Fenomena itu, turut memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan pelbagai sektor,
namun mendatangkan kesan yang baik terhadap musim tengkujuh.
0 comments:
Post a Comment