Cristiano Ronaldo Dikecam ISRAEL ZIONIS Kerana Bantu Palestin
Unknown
6:02 PM
No comments
Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai hubungan rapat denganIsrael, Real Madrid memilih untuk berkerjasama Palestin. Perkara ini bukan sahaja boleh dilihat melalui polisi kelab, malah oleh pemain-pemain kelab itu.
Tindakan yang paling ketara ialah dilakukan oleh pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat sebagai memiliki sifat sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.
Bekas penyerang Manchester United itu yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas hati memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amalnya dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak Palestin.
Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo pada harga 1,4 juta euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ sahaja.
Pernah dilaorkan sebelum ini, dalam satu acara, Ronaldo dengan berani mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan terus menggembar-gemburkan segala keburukannya.
Namun ada juga pihak media yang menyatakan tindakan Ronaldo itu sebagai satu bentuk tanggungjawab kemanusiaan. Ia menunjukkan keperihatinanan beliau terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo juga pernah dilaporkan menngunjungi Palestin pada tahun 2007 dan 2005.
Di sana beliau disambut dengan hebat oleh rakyat Palestin. Walaubagaimanapun kecaman terhadap Ronaldo terus dilakukan media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis.
Sumber- Allberita
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusa...
-
London: Pemain nombor 10 Brazil tidak akan lagi beraksi pada musim panas ini kerana berdepan retak tulang belakang ketika menentang Colomb...
-
Kuala Lumpur: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini menerima khabar gembira apabila bantuan itu akan diagihkan bermul...
-
BEKAS bapa tiri juara Akademi Fantasia 2015, Muhammad Arif Dolah mencabar Sufi Rashid untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau t...
-
SEBELUM ini aktor Kamal Adli pernah dituduh menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan percintaan pasangan pelakon Zizan Razak dan Emma Ma...





0 comments:
Post a Comment