Pengunjung sebuah kelab malam yang sepatutnya bergembira menyaksikan persembahan lawak menempuh pengalaman ngeri apabila banyak ulat tiba-tiba jatuh dari silling lalu menimpa kepala pengunjung dan jatuh ke dalam minuman mereka.
Ulat yang keluar dari sistem pendingin hawa Kelab Oceana, Nottingham ini mencetuskan keributan hingga ramai pengunjung mengambil keputusan untuk beredar.
Salah seorang pelawak yang membuat persembahan pada malam tersebut turut menghentikan persembahan selepas tidak dapat menahan geli apabila banyak ulat jatuh ke atasnya.
Insiden yang jarang berlaku ini dipercayai berpunca daripada najis merpati yang banyak membiak di dalam sistem pendingin hawa kelab tersebut.
Salah seorang pengunjung memuat naik di Twitter berkaitan insiden ini dengan berlawak menyatakan, dia mendapat ulat percuma dengan pembelian minuman pada malam kejadian.
MYNEWSHUB.MY
0 comments:
Post a Comment