Gadis Terlanjur Tunggu Lahir Anak Bulan Syawal
Unknown
10:53 PM
No comments
DEK kerana terlalu mengikut jiwa muda, Anis Kamaruddin, (bukan nama sebenar),17, akhirnya terlanjur dengan teman lelaki.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Anis kini terpaksa menerima hakikat, kandungan semakin membesar hasil dosa silamnya."Itu sudah ketentuan-NYA", luah Anis, mengimbau kembali kisah hitamnya kepada Sinar Harian Online.
"Kehidupan saya dahulu memang sosial, saya sejak dari kecil lagi tidak mempunyai ayah. Saya jadi macam ini sebab terlalu mengikut hawa nafsu," luahnya lagi dengan wajah sugul.
Air mata Anis mula bergenang. Kata Anis, sikapnya mula berubah apabila ibunya meninggal dunia tahun lepas."Sebenarnya saya ok, saya jadi macam ni selepas mak meninggal dunia.
"Selepas itu saya diambil oleh keluarga angkat, duduk dengan mereka selepas itu saya lari, ikut kekasih sebab saya mengandung.
"Keluarga angkat suruh gugurkan kandungan, saya tak nak, sebab itu saya tinggal di sini Taman Sri Puteri Cheras," katanya.
Dalam nada yang sebak, Anis sempat meninggalkan pesanan ini.
Nasihatnya kepada remaja di luar sana supaya menghargai ibu bapa kerana peringatan mereka membawa maksud dan pengajaran yang cukup besar dalam kehidupan kita.
"Walaupun dah hilang ibu abah, dan katakanlah dapat mak ayah baru hargai mereka, peluang hanya datang sekali sahaja. Sebab mak ayah tak ada hidup hancur, boleh buat apa sahaja itu salah," katanya.
Berbicara lanjut, Anis berharap ada sinar dalam hidupnya selepas keluar dari Taman Sri Puteri Cheras."Harapan saya agar dapat hidup bahagia, bina hidup sendiri," katanya.Anis kini mengandung lapan bulan dan bakal menimang cahaya mata pada bulan hadapan.
-SINAR HARIAN
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Tak tahulah sememangnya menjadi trend ataupun memang selebriti Hollywood ni tidak gemar memakai bra. Ataupun memang mereka sengaja nak m...
-
Bila tamadun manusia meninggalkan sesuatu selepas kehidupan mereka untuk sekian lama, maka alam akan mengambil alih segalanya. Jom lihat 17 ...
-
PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya berasa rimas dengan desakan pengikut Instagram yang memintanya memadam komen berunsur iklan yang ditul...
-
Jika anda berkunjung ke gua Longyou di China, anda akan terkejut kerana gua ini mempunyai permukaan melengkung dan seni bina yang halu...





0 comments:
Post a Comment