Sao Carlos: Kecederaan Neymar Jr. menjadi topik utama Piala Dunia di
Brazil selepas doktor pakar yang merawat beliau mengesahkan Neymar
terpaksa direhatkan akibat patah tulang vertebra. Namun disebalik tragedi yang menimpa Selecao selepas kehilangan
bintang harapan pasukan mereka, kontroversi tercetus apabila video
Neymar yang di bawa masuk di pintu masuk Hospital Sao Carlos tersebar
luas.
Seorang jururawat yang hanya dikenali sebagai Cinthia, merakam video
ketibaan Neymar di hospital itu sekaligus membuatkan peminat-peminat
Neymar berang serta mengecam tindakannya mengambil video kesakitan
Neymar dengan senyuman dan menunjukkan tanda ‘V’ pada akhir video
berdurasi 25 saat itu.
Menurut laporan laman bola sepak Brazilan UOL, akibat perbuatan itu, jururawat tersebut bakal dipecat.
Dalam temu bual bersama pihak pengurusan hospital, Marcia Real berkata,
jururawat itu tidak hadir bekerja hari ini dan berkemungkinan akan
dipecat. - Agensi
0 comments:
Post a Comment