Riyadh: Seorang wanita terkejut apabila mendapat tahu dia berkahwin
dengan saudara susuannya sejak 50 tahun lalu malah mempunyai lapan anak
hasil perkahwinan itu sebelum suaminya meninggal dunia. Wanita itu hanya dimaklumkan pernah berkongsi ibu susuan sama dengan suaminya itu selepas kematian lelaki berkenaan.
Akhbar Okaz melaporkan, wanita berkenaan pada mulanya tidak
mempercayai perkara itu dan kembali ke kampung kelahiran suaminya untuk
menyiasat. Saudara-mara suaminya kemudian mengesahkan dia dan suaminya
sebenarnya mahram.
Wanita itu dilaporkan berkata: “Saya terkejut dan sedih dengan
berita ini, namun semuanya berlaku dengan izin Tuhan,” katanya. - Agensi
0 comments:
Post a Comment