Responsive Banner design
Home » , » Kes Pukau Tertinggi Sepanjang Ramadan - Polis Indonesia

Kes Pukau Tertinggi Sepanjang Ramadan - Polis Indonesia


JAKARTA: Polis Metropolitan Jakarta Raya mendapati kejadian rompakan menggunakan cara pukau adalah kes jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan.

Peningkatan kadar jenayah itu didorong kerana keperluan harian yang mendesak pada bulan puasa.

Sehubungan itu, pihak keselamatan terbabit mengingatkan masyarakat supaya lebih berwaspada dalan menjalani kegiatan harian.

Seperti yang berlaku pada tahun sebelumnya, jenayah yang berlaku pada Ramadan terjadi dengan pelbagai modus operandi.

"Berhati-hati dan tidak menjadikan diri mangsa dengan tidak memakai barang kemas atau membawa barangan berharga ketika berada tempat awam," katanya jurucakap polis itu.

Melalui data yang diperoleh, katanya, pukau antara jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan dan ia biasanya terjadi kepada pengguna pengangkutan awam. -mstar

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates