SINGAPURA: Bermula 1 Ogos, bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke republik ini akan dinaikkan dari S$20 kepada S$35 sehari, demikian menurut Lembaga Pengangkutan Darat (LTA).
Dalam kenyataan di sini, LTA juga memaklumkan kenaikan bayaran VEP bagi Permit Kenderaan Barangan (GVP) untuk kenderaan asing berdaftar juga akan dinaikkan kepada S$40 berbanding S$10 sebulan.
Kenaikkan itu, bagaimanapun dikecualikan terhadap bas atau teksi.
Menurut LTA, waktu dikenakan VEP mengikut jam kekal iaitu dari 2 pagi hingga 12 tengah hari pada hari bekerja semasa Jun dan Disember, cuti sekolah di Singapura dan dari 2 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja selain dua tempoh cuti sekolah berkenaan.
Bayaran VEP bagi motosikal asing berdaftar kekal pada S$4 setiap hari.
Semua kenderaan asing berdaftar dan motosikal akan terus menikmati waktu bebas VEP iaitu pada Sabtu, Ahad dan cuti umum di Singapura, hari bekerja biasa dan antara 5 petang hingga 2 pagi pada hari lain (waktu VEP ini dilanjut untuk bermula pada 12 tengah hari dan bukan pada 5 petang semasa cuti sekolah pada Jun dan Disember di Singapura).
Lembaga itu memaklumkan kenderaan asing berdaftar boleh meneruskan pembelian GVP dengan harga semasa iaitu S$10, mulai Julai 2014.
Bagaimanapun, bagi GVP yang tamat tempohnya selepas Julai 2014 akan dikenakan bayaran S$40 sebulan.
Maklumat lanjut berhubung caj baharu VEP dan GVP untuk kenderaan asing berdaftar boleh diperoleh di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.
Pengguna juga boleh melayari www.lta.gov.sg> 'Roads & Motoring' > 'Driving In and Out of Singapore' atau menghubungi LTA di 1800-2255 582 (1800-CALL LTA) jika di Singapura atau 65-62255 582, jika membuat panggilan dari negara lain. -mstar

0 comments:
Post a Comment