Pelik: Amalan Ikat Kaki Di China
Unknown
8:07 PM
No comments
Pada tahun 1911 kerajaan China telah mengharamkan tradisi mengikat kaki atau foot binding yang disifatkan sebagai satu amalan kejam untuk pengubahsuaian badan demi kecantikan yang dikenakan ke atas anak-anak muda sejak abad ke-10.
Akhbar Daily Mail dipetik melaporkan, sejak arahan pengharaman tersebut jumlah wanita yang terlibat dengan tradisi menyakitkan ini semakin menurun dan mereka yang masih ada kini sudah pun mencecah usia 80 dan 90-an.
Meminjam kata-kata pepatah Inggeris Beauty is pain, istilah bahawa menjadi cantik itu menyakitkan mungkin tak berlebih-lebihan. Dengan mengimbau kembali sejarah, amalan-amalan ekstrem ini turut berlaku dalam tradisi kecantikan di beberapa negara di dunia.
Pada amnya, tradisi ini kebiasaannya diamalkan oleh sejumlah wanita kelas menengah dan atasan di China sebelum abad ke-20 lagi. Pada usia seawal 5 hingga 8 tahun, kanak-kanak perempuan ini diwajibkan melipat empat jari kaki mereka ke bawah telapak kaki sebelum mengikatnya.
Kain yang digunakan untuk mengikat kaki tersebut kemudian dijahit bagi mengemaskan lagi lipatan kaki berkenaan untuk mencegah empat jari kaki tersebut daripada terus membesar, sekali gus membantutkan pertumbuhan empat jari tersebut dan membiarkannya bersatu dengan telapak kaki.
Dalam budaya masyarakat China ketika itu, bentuk kaki kecil ialah lambang kecantikan wanita. Bahkan ia dipercayai dapat meningkatkan keghairahan seksual si lelaki. Demi mengecapi kehormatan di tengah-tengah masyarakat, mereka rela untuk menghadapi masalah patah tulang kaki dan masalah jangkitan selama proses pengikatan berlaku.
Awalnya kaki itu dipotong kukunya hingga habis, lalu ditekan ke bahagian dalam dan dicampur pelbagai ramuan serta darah haiwan untuk melembutkan kulit kaki. Setelah itu mereka kembali meremas kaki ke arah telapak sampai jari-jarinya patah. Agar bentuknya tetap, mereka mengikatnya dengan kain. Sebulan sekali ikatan itu dibuka dan kaki dicuci bersih lalu kembali diikat hingga akhirnya mengeras.
Namun beberapa saksi yang masih hidup di atas kekejaman amalan tersebut masih wujud. Mereka sering bercerita tentang soal kesakitan yang dialami demi untuk kelihatan cantik. Wanita China zaman dahulu sering mempraktikkan amalan kaki kecil ini. Semakin mengecut kaki seseorang wanita itu seumpama bunga teratai maka semakin cantik seorang perempuan itu.
"Meskipun ia kelihatan sangat tidak bertamadun, namun ini satu-satunya cara masa itu untuk perempuan menemukan pasangan yang cocok," ujar Jo Farrell, seorang jurufoto pertengahan yang membuat dokumentasi tentang perempuan yang mengecilkan kakinya.
Kaki-kaki mereka memperlihatkan tradisi dan budaya mengerikan yang harus mereka jalani jika ingin dipandang sebagai perempuan baik yang patuh pada sistem. Hakikatnya, tradisi ini tiada bezanya dengan nilai kecantikan masa kini, misalnya memasang implan payu dara, suntik untuk memutihkan kulit, langsing, dan sebagainya.
Memotret pemilik kaki kecil bagi Farrell merupakan dokumentasi tak ternilai. Hingga kini mereka yang berkaki kecil masih ada 12 orang. Mereka merupakan generasi terakhir sebelum amalan ini dilarang pemerintah China pada 1939. - AGENSI
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sejak bersara daripada dunia nyanyian hip hop, Malique yang pernah popular dengan kumpulan Too Phat nampaknya terus mendiamkan diri malah l...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Seorang wanita cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kem...
-
Sekadar Hiasan IPOH – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu diliwat seorang lelaki dalam sebuah rumah kosong berhampiran sebuah ladan...
-
“Saloma adik kandung saya jadi saya lebih kenal siapa Solama bersama sejarah hidupnya,” begitulah kata seniwati Mariani Ismail, 81, dalam...
0 comments:
Post a Comment