Responsive Banner design
Home » , » Prabowo Tak Nak Mengalah

Prabowo Tak Nak Mengalah

Jakarta: Calon Presiden Indonesia disahkan kalah semalam berkata, pihaknya akan mencabar keputusan itu di mahkamah dalam langkah yang mungkin membawa negara itu berada dalam keadaan tidak menentu berminggu-minggu.
Dalam pengumuman mengejutkan semalam, jurucakap Prabowo Subianto, Tantowi Yahya berkata mereka dalam proses persiapan untuk membawa isu itu ke Mahkamah Perlembagaan.
Adik Prabowo, Hashim Djojohadikusumo pula berkata, mereka menuntut keadilan dan mengharapkan mereka diberikan hak sewajarnya.
Hashim juga menggesa pemimpin asing tidak mengucapkan tahniah kepada Joko Widodo (Jokowi) untuk masa ini.
“Proses perundangan mengenai pemilihan presiden belum berakhir,” katanya. Semalam Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia mengesahkan Jokowi dan Jusuf Kalla (JK) memenangi pilihan raya presiden yang diadakan 9 Julai lalu.
Pasangan Jokowi dan JK memperoleh 70,997,895 undi berbanding Prabowo dan Hatta Rajasa yang hanya mengutip 62,576,444 undi.
Jokowi adalah Gabenor Jakarta yang membawa agenda reformasi dan menjadi tokoh pertama tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Suharto untuk mentadbir Indonesia.
Sejurus sebelum pengumuman KPU kelmarin, Prabowo mengumumkan menarik diri daripada proses pemilihan kerana mendakwa berlaku penipuan. Pasukan kempen Prabowo juga semalam membayangkan mereka tidak akan mencabar kemenangan Jokowi. Sementara itu jurucakap pasukan Jokowi, Anies Baswedan berkata, mahkamah mungkin tidak akan menerima bantahan berkenaan. “Mahkamah sentiasa berhati-hati sebelum menerima sebarang kes. “Hanya kes yang mempunyai merit dan boleh mengubah keputusan akan diterima,” katanya. - AFP

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates