Seoul : Beberapa syarikat penerbangan awam Asia sudah menghentikan perkhidmatan ke Ukraine terlebih dahulu sebelum insiden pesawat Malaysian Airlines MH17 ditembak jatuh, semalam berikutan isu keselamatan di kawasan dikuasai puak pemberontak di negara itu.
Syarikat penerbangan Korea Selatan, Korean Air dan Asiana; Qantas (Australia) dan China Airlines (Taiwan) telah mengubah laluan sejak awal Mac apabila tentera Rusia bergerak ke Crimea.
"Kami berhenti terbang di ruang udara Ukraine kerana isu keselamatan,” kata jurucakap Asiana Lee Hyo-Min.
Korean Air mengubah laluan penerbangan 250 kilometer di selatan Ukraine bermula 3 Mac "berikutan pergolakan politik di rantau itu", kata pegawai syarikat berkenaan kepada AFP.
Jurucakap Qantas berkata, penerbangan London ke Dubai melalui Ukraine dilencong "beberapa bulan lalu", manakala laluan China Airlines diubah bermula 3 April.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada sidang media awal pagi ini menjelaskan laluan komersial udara yang digunakan MH17 diisytihar selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) manakala Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengesahkan ia bukan laluan larangan terbang.
Pengubahan laluan akan membabitkan peningkatan kos bahan api berikutan penerbangan lebih lama.
Syarikat penerbangan Singapura juga memaklumkan sudah melencongkan semua laluan pesawatnya.
Cathay Pacific berpangkalan di Hong Kong dan Pakistan International Airlines `sudah lama’ tidak menggunakan ruang udara Ukraine.
Menurut badan keselamatan penerbangan Eropah, Eurocontrol, pihak berkuasa Ukraine mengisytiharkan ruang udara timur negara itu sebagai zon larangan terbang sebaik MH17 ditembak jatuh bersama 298 penumpang dan kru. - AFP

0 comments:
Post a Comment