Salah seorang penumpang MH17 yang terhempas di timur Ukraine, didakwa adalah nenek tiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, lapor Malaysian Digest.
Mangsa terbabit, Puan Sri Siti Amira Prawira Kusuma merupakan isteri kedua Tan Sri Mohammad Noah, yang merupakan bapa kepada Tun Rahah (ibu Najib) dan Tun Suhaila (ibu Hishammuddin).
Tan Sri Mohammad merupakan antara tokoh utama yang merintis penubuhan UMNO untuk menentang Malayan Union.
Namanya tercatat sebagai Speaker atau Yang Dipertua pertama Dewan Rakyat selepas negara merdeka.
Tidak patut juga dilupakan peranan dan tugas beliau sebagai Pengerusi Tetap UMNO.
0 comments:
Post a Comment