Ajaib: Pelukan Bayi Menyelamatkan Saudara Kembarnya
Unknown
6:29 PM
No comments
Ramai yang percaya bayi kembar mempunyai hubungan batin yang lebih kuat. Kewujudan mereka saling melengkapi satu dan yang lain. Kisah berikut ini merupakan bukti nyata bahawa saudara kembar boleh saling menjaga dalam pelukan dan ikatan sehingga boleh menyelamatkan saudara kembarnya .
Heidi Jackson adalah seorang ibu dua anak kembar perempuan yang diberi nama Brielle dan Kyrie Jackson. Keduanya lahir dalam keadaan pramatang. Sejak bulan pertama kelahirannya , Brielle dan Kyrie diletakan di inkubator yang berbeza. Namun dari kedua anaknya itu, hanya Kyrie yang mampu bertahan hidup.
Saudara kembar Kyrie yaitu Brielle mengalami sebuah keadaan yang memerlukan penjagaan rapi, bahkan beratnya tidak sampai satu kilogram. Ia juga mengalami gangguan di jantungnya . Segala cara telah dilakukan, namun Brielle semakin lemah, tubuhnya kebiruan akibat terlalu banyak menangis.
Kemudian seorang jururawat yang membantu Brielle mendapt idea yang sangat berisiko yakni ' double bedding ' . Dengan menggunakan teknik ini , jururawat yang bernama Gayle Kasparian akan meletakan bayi kedua saudara kembar tersebut dalam satu inkubator . Hasilnya keajaiban pun terjadi.
Jururawat itu kemudian menutup pintu inkubator . Seketika Brielle meringkuk di sebelah Kyrie yang tidak ditemuinya sejak mereka lahir dan dipisahkan dalam dua inkubator yang berbeza. Ada kemajuan yang sangat cepat ketika Brielle menyentuh Kyrie .
Dalam beberapa minit Brielle lebih tenang , oksigen dalam darahnya pulih. Kyrie juga meletakkan tangannya di sisi Brielle , seolah merangkul saudara kembarnya itu . Pekara ini ternyata memberikan keajaiban , tubuh Brielle sembuh dan pulih dari masa ke masa .
Kisah nyata ini terjadi pada tahun 1995 di bulan Oktober . Kini keduanya sudah dewasa dan sihat. Namun foto saat mereka masih bayi dan mengagumkan dunia itu tetap menjadi salah satu kisah yang sering dibicarakan . Orang- orang menyebut fenomena ini sebagai ' pelukan penyelamatan ' , kerana pelukan dan sentuhan Kyrie memberikan kesan yang luar biasa.
Tidak perlu jadi kembar untuk dapat merasakan keajaiban pelukan . Suatu ketika orang yang anda sayangi mengalami hari yang buruk dan mengerikan, peluklah ia kerana itu memberinya kehangatan dan harapan.
Sumber
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini (dua, kanan) bersama beberapa pegawai kerajaan dan pekerja seks 'Dolly' yang memakai topen...
-
Kuala Lumpur: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini menerima khabar gembira apabila bantuan itu akan diagihkan bermul...
-
Pasangan suami isteri, Lacey dan Chris Buchanan, sudah mengetahui bahawa anaknya bermasalah tetapi si isteri masih tetap mahu untuk melahir...
-
Tajuk artikel ini bukanlah nak memuji tindakan Sahara Knite iaitu pelakon lucah yang dikatakan beragama Islam, namun perkara ini ha...
0 comments:
Post a Comment