Responsive Banner design
Home » , » Sedih.. Kucing Tak Mahu Berganjak Dari Kubur Tuannya

Sedih.. Kucing Tak Mahu Berganjak Dari Kubur Tuannya

Hanya mereka yang menyukai kucing akan faham betapa istimewanya hubungan antara binatang kesayangan Nabi Muhammad ini dengan manusia yang menjaganya.
Sebagai contoh adalah rakaman gambar menyentuh hati yang kini giat dikongsikan di laman sosial bagaimana seekor kucing setia menemani tuannya meskipun selepas mereka dipisahkan oleh kematian.
Daripada gambar dirakamkan, dapat dilihat kucing ini kelihatan sedih menyentuh pusara tuannya ketika talkin dibacakan dan tidak berganjak meninggalkan kawasan kubur meskipun selepas semua orang beredar.
cat

10410277_440503119423365_6685063493851574571_n
Berdasarkan komen diberikan, ada yang berkata arwah bukanlah pemilik kucing ini tetapi mempunyai tabiat gemar memberi makan dan menolong kucing terbiar dan kucing ini mungkin salah seekor daripadanya.
Apa pun dari sini dapat dilihat, binatang pun tahu erti kasih sayang dan menghargai manusia yang berjasa padanya.
Sumber: mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates