Pelakon Eina Azman telah mengesahkan dia bakal berkahwin pada hari kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos ini dengan kekasihnya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Menurut aktres berusia 19 tahun itu, kekasihnya itu telah pun mempelajari agama Islam dan berkata, kekasihnya itu sudah berminat mendalami agama Islam sebelum mengenalinya lagi.
"Ibu Eina pun banyak menolongnya untuk terus mendalami agama Islam. Dia sudah pandai baca Al-Fatihah dan surah lain. Sebelum ini pun, agama tidak pernah menjadi penghalang hubungan kami apatah lagi dia memang benar-benar mahu mendekati agama Islam.
"Apa yang lebih penting dalam hubungan kami ialah restu dari keluarga masing-masing. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan termasuklah urusan kahwin ini," katanya yang dipetik dari Myartis.
Pada masa sama, Eina berharap selepas dia berkahwin kelak, segala kontroversi yang pernah menghimpitnya akan hilang kerana dia mahu bersih dari sebarang kontroversi.
"Eina nak bersih daripada segala kontroversi. Tapi itu tak bererti Eina akan berhenti berlakon. Bahkan bakal suami pun tak menghalang. Sekurang-kurang apabila sudah berumah tangga ada orang yang boleh dijaga Eina.
"Selepas kahwin pun Euna kena tahu batas. Harap perkahwinan ini akan meleyapkan segala fitnah." Sementara itu, Eina berkata, majlis resepsinya akan diadakan hujung tahun ini.
0 comments:
Post a Comment