Gaza: Israel meneruskan serangan udara ke atas Palestin dengan mengebom beberapa kawasan semalam, sehari selepas membunuh sekurang-kurangnya lima rakyat negara itu.
Sebaik selepas tempoh gencatan senjata tamat, Briged Izuddin Al-Qassam turut melancarkan serangan roket ke arah penempatan rejim Zionis itu.
Pertempuran yang sebelum ini berlarutan selama sebulan kembali tercetus apabila tempoh gencatan senjata yang berakhir pada jam 5 pagi waktu tempatan kelmarin gagal disambung.
Namun, Amerika Syarikat (AS) menerusi jurucakap Jabatan Negaranya, Marie Harf menyatakan harapan mereka supaya situasi yang berlaku dapat ditangani dan perjanjian gencatan senjata yang baru dapat dilaksanakan secepat mungkin.

PETUGAS perubatan di sebuah hospital di Khan Yunis mendukung seorang kanak-kanak yang cedera dalam serangan udara yang diteruskan Israel selepas tempoh gencatan senjata tamat.
“Kami berharap kedua-dua belah pihak akan bersetuju menyambung kembali gencatan senjata dalam waktu terdekat,” katanya.
Mesir yang menjadi orang tengah rundingan antara Israel dan Palestin menegaskan, rundingan masih lagi berjalan dan menggesa pelaksanaan gencatan senjata baru namun rejim Zionis memanggil kembali delegasinya dan memberi amaran tidak akan berunding selagi serangan terus berlangsung.
Perdana Menteri Benjamin Natanyahu mengarahkan tenteranya ‘membalas’ serangan kerana menyalahkan Hamas melanggar gencatan senjata yang dijalankan.
Tentera Israel mendakwa Briged Al-Qassam melancarkan 40 serangan roket ke arah Israel yang mencederakan dua orang termasuk seorang tentera.
“Sebagai serangan balas, kami mengebom 51 kawasan di Gaza,” katanya.
Sejak pertempuran tercetus 8 Julai lalu, tentera zionis membunuh sekurang-kurangnya 1,898 rakyat Palestin manakala di pihak Israel, hanya 67 orang yang hampir kesemuanya tentera terbunuh.
Laporan media antarabangsa menyebut Israel melancarkan serangan bertali arus pada awal pagi semalam dengan menyasarkan kawasan awam yang terpaksa dikosongkan penduduk ekoran kebimbangan mengenai keselamatan mereka.
Serangan roket oleh kumpulan pejuang ke atas wilayah Yahudi dihentikan setakat jam 6 petang waktu tempatan kelmarin.
Menurut jurucakap petugas kecemasan di Gaza, Ashraf al-Qudra, lima rakyat Palestin terbunuh termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun manakala 31 yang lain cedera dalam serangan udara terbaru itu.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu menyatakan, daripada jumlah rakyat Palestin yang terbunuh, 447 mangsa adalah kanak-kanak.
Di daerah Al-Tuffah, Gaza, ratusan pelarian Palestin dilihat berlindung di bilik darjah sebuah sekolah yang dikendalikan PBB bagi melindungi pelarian.- AFP

0 comments:
Post a Comment