Responsive Banner design

Bomoh Rogol Remaja Konon Ada Jin Dalam Rahim

Gambar Sekadar Hiasan
Riyadh: Seorang bomoh memperkosa remaja yang mendapatkan rawatan kerana masalah psikologi selepas dia membohongi mangsa kononnya terdapat jin dalam rahimnya.
Bomoh berkenaan memberitahu gadis itu, dia mempunyai kekuatan untuk menghalau jin berkenaan dalam satu sesi rawatan saja jika dia mahu berubat di rumahnya.

Apabila mangsa yang umurnya tidak didedahkan datang ke rumah bomoh terbabit, lelaki itu merogolnya.
Polis menahan bomoh berkenaan selepas mangsa yang masih dara itu menyedari kesilapannya dan membuat laporan polis.

“Lelaki itu memberitahu mangsa rahimnya dihuni jin dan dia mahu menghalaunya,” menurut laporan akhbar tempatan, memetik kata-kata polis.

Kisah itu menjadi viral di media sosial Saudi dan ramai pembaca mengecam bomoh itu dan ada juga yang menyelar gadis berkenaan.
“Nampaknya masyarakat kita masih percaya perkara khurafat dan mengamalkan upacara sebegini atas nama agama. Kami meminta kementerian kehakiman dan dalam negeri, menghukum Raqi,” kata aktivis masyarakat terkenal negara itu, Souad Al Shammari. Bagaimanapun, seorang pembaca, Sarah Al Waleed mempunyai pendapat berbeza.

“Gadis itu yang senang-senang menyerah diri kepada bomoh itu memang bodoh,” katanya.
Seorang lagi pembaca bernama Dalal bersetuju dengan berkata: “Kenapa menyalahkan bomoh saja. Kenapalah bodoh sangat gadis itu sehingga membenarkan dirinya diperkosa.” - Agensi

Ainan Tasneem Kecewa Fitnah 'Tikam Belakang'

PETALING JAYA: Penyanyi Ainan Tasneem tidak terkejut dengan tuduhan mendakwa dia bersikap tikam belakang terhadap wakil promoter yang mendapatkan persembahan untuknya gara-gara ingin mengaut keuntungan.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 22, sebaliknya berkata, sejak awal lagi dia sudah menjangkakan berita tersebut akan tersebar dan mengakui mengenali dalang disebalik penyebaran fitnah itu.

"Saya sebenarnya hendak tergelak apabila membaca laporan berkenaan kerana pertama sekali ia tidak benar dan saya sudah menjangkakan individu berkenaan akan memburukkan saya kepada media.
"Saya tahu dan kenal siapa 'wakil promoter' itu dan dia pernah mengugut saya untuk menyebarkan cerita tidak baik kepada wartawan kerana tidak berpuas hati," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Menerusi ruang gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad, Ainan dilaporkan berpura-pura pulang selepas mengadakan persembahan yang diaturkan oleh wakil promoter namun dia sebenarnya dikatakan menemui pihak penganjur untuk meminta mereka berurusan terus dengannya tanpa menggunakan orang tengah pada masa hadapan.

Ainan dikatakan bertindak sedemikian kerana ingin mengaut bayaran seratus peratus tanpa perlu membayar kepada pihak yang mencadangkan namanya membuat persembahan.

Dalam pada itu, Ainan berkata, individu berkenaan yang turut bekerja di sebuah syarikat rakaman menyebarkan cerita berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila sebuah persembahan melibatkannya diaturkan oleh pengurus yang juga ibu saudaranya.

Jelas Ainan, individu berkenaan mempertikaikan tindakan tersebut yang meletakkan syarat sebarang tempahan persembahan perlu melalui pihaknya yang menjadi punca perbalahan di antara mereka.

"Sejak awal semasa saya menyertai Music Valley pihak pengurusan maklum tentang urusan persembahan saya diuruskan oleh ibu saudara saya dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah tentang perkara itu malah ia lebih memudahkan keadaan.

Tambah Ainan, dia sedar individu berkenaan bersungguh-sungguh menguruskan tempahan persembahannya kerana ingin mengaut komisen dan tidak ikhlas dalam membantunya.

"Biarpun sedar akan niatnya saya tetap pergi setiap kali ada acara yang diuruskannya dan tidak pernah sesekali mempertikaikan komisen yang diambil walaupun dia pernah terkantoi mengambil 80 peratus daripada pembayaran dibuat penganjur," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ainan berkata, pihak pengurusan atasan menyedari akan masalah yang berlaku  dan individu tersebut  telah pun menukar wakil bagi berurusan dengan pihaknya.

Dalam perkembangan lain, Ainan berkata, dia kini sedang sibuk dengan pengajian tahun akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan hanya akan menerima 
pertunjukan pentas sekiranya berkelapangan.

Bagaimanapun pihak syarikat rakamannya telah merancang untuk melancarkan album terbaharunya pada penghujung tahun ini. -mstar

INTERPOL Buru Alvin Tan

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan blogger kontroversi Alvin Tan yang gagal hadir ke prosiding mahkamah kerana dakwaan mempersenda umat Islam tahun lalu selepas dia dipercayai melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menegaskan pihaknya akan mencari Alvin walau di mana jua dia berada.
"Kita akan minta INTERPOL untuk kesan dia (Alvin). Setiap negara ada undang-undang dan kita akan cari dia sampai dapat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Alvin yang mengumumkan kononnya dia membuat permohonan suaka di AS menerusi posting dalam laman Facebook peribadinya pada 26 September lalu turut menghina beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain menyamakan Khalid dengan pemimpin Nazi Heinrich Himmler.
Foto
"Sesetengah orang akan kata saya bodoh kerana bersuara sebelum permohonan suaka diluluskan, sama seperti ketika saya memulakan blog seks sebelum tamat pengajian undang-undang dulu," katanya dalam posting berkenaan.
Selain itu Alvin turut berkongsi sekeping gambarnya di lokasi yang didakwa Pantai Venice, Los Angeles.

Pada 13 Jun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap ke atas Alvin, selepas dia gagal menyerahkan semula pasport yang diserahkan kepadanya sebelum ini, bagi membolehkannya ke Singapura untuk tujuan penggambaran dokumentari.

Sejak itu, Alvin gagal hadir ke mahkamah sehingga menyebabkan wang jaminan RM20,000 yang dibayar ibunya All Kim Lian, 57, dan sepupu Loo Ching Ching, 44, dirampas mahkamah.

Di Melaka, Pemuda UMNO Malaysia, Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil dan Persatuan Veteran Bekas Tentera Tidak Berpencen negeri membuat laporan polis berhubung tindakan Alvin yang menghina pemimpin negara di laman sosial FBnya itu.

Tiga laporan terhadap Alvin yang juga blogger kontroversi itu dibuat EXCO Pemuda UMNO Mohd Rafiq Naizamohideen ditemani kira-kira 20 ahli UMNO dan persatuan berkenaan di Balai Polis Melaka Tengah, Bandar Hilir kira-kira jam 1 tengah hari, semalam.

Mohd Rafiq yang juga Presiden Pemikir Muda Malaysia berkata, pihaknya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas Alvin yang sebelum ini pernah didakwa mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di mahkamah.

"Apa yang dinyatakannya itu bukan mewakili suara majoriti rakyat negara ini sebaliknya pendapatnya yang mempunyai masalah peribadi dan tidak mempunyai kesopanan selaras dengan prinsip Rukun Negara.

"Ini bukan kesalahan pertama dilakukannya, sebelum ini dia mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan justeru, kita menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan INTERPOL bagi menjejakinya," katanya.

Kejam Tanam Anak Dalam Ladang

Bukit Mertajam: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut dipercayai akibat dipukul ibunya ditemui ditanam di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Jalan Permatang Tinggi, pagi hari ini.
Mayat itu ditemui selepas ibu mangsa serta teman lelakinya dibawa polis bagi menunjukkan lokasi kanak-kanak terbabit ditanam. 
Pasangan itu yang diiringi pegawai penyiasat dan anggota forensik serta Unit Anjing Pengesan (K-9) berjaya mengesan dan mengeluarkan mayat kanak-kanak itu dari lokasi dia ditanam. 

Sebelum penemuan mayat itu, ibu mangsa dikatakan membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya.
Foto
Bagaimanapun, polis mula mengesyaki sesuatu ketika menyoal siasat wanita terbabit sehingga dia mengaku memukul mangsa dan secara tidak sengaja menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit.
Menurut pengakuan wanita itu, dia memukul kanak-kanak terbabit di rumah mereka di Kulim, Kedah. 

Sementara itu, Ketua Jabatan siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian. 
Menurut beliau, ibu mangsa dan teman lelakinya sedang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
-metro

Gadis Cun Yang Cukup Popular Di Hong kong Dan Jepun


Taylor adalah seorang model, blogger dan youtube asal Kanada. Dia boleh bercakap dalam bahasa China, Inggeris, dan sedikit Jepun. Rupa parasnya yang jelita membuat Taylor kini mempunyai lebih daripada 140,000 follower di Facebook. 

Walaupun kerjaya sebangai modeling, Taylor sudah cukup berjaya di Hong Kong, dia tetap perlu memulakan segalanya dari sifar di Jepun. Namun sejauh ini, namanya sudah cukup dikenali kerana telah dikesan oleh beberapa majalah fesyen ternama di Jepun. 







Sumber: dairishare

Lelaki Merajuk Enggan Turun Dari Atas Kelapa

Ranau: Merajuk kerana tidak diberikan sebotol arak, seorang warga emas mengambil keputusan memanjat pokok kelapa dan enggan turun selama lebih lima jam sehingga memaksa orang ramai menghubungi pasukan penyelamat bagi membantu menurunkan mangsa.
Dalam kejadian jam 7 pagi di Kampung Sinarut Lama, di sini, semalam, warga emas berusia 70 tahun itu dipercayai berbuat demikian selepas dikatakan merajuk dengan rakan yang enggan memberi arak kepadanya.
Foto
Lelaki terbabit memanjat pokok kelapa setinggi lebih enam meter untuk mengambil nira, tetapi enggan turun. Menurut saksi, orang ramai memujuknya turun, tetapi lelaki itu berkeras mahu berada di atas pokok.
Difahamkan, warga emas itu dipercayai tertidur beberapa kali sehingga penduduk menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meminta bantuan.

Lana Nodin - Lelaki Itu Bukan Kekasih Saya


PETALING JAYA - Pelakon Lana Nodin berharap fotonya bersama seorang pemuda bertatu yang dimuat naik di Instagram tidak dijadikan isu besar.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, berkata, dia terkejut apabila foto yang dimuat naik itu menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak menjadi kekasihnya kerana mempunyai tatu pada lengan.

“Pertama sekali, lelaki itu bukannya kekasih saya pun dan dia hanyalah jurulatih terjun udara (skydive) saya.

“Dia seorang lelaki berkacukan Amerika – Korea dan saya rapat dengannya. Tetapi tidaklah sampi menjalinkan hubungan yang serius, ” katanya yang dihubungi mStar Onlinemenerusi aplikasi WhatsApp di sini pada pagi Isnin.

Lana kini sedang bercuti di negara Jepun selain mengambil kursus terjun udara di negara tersebut. Pada Ahad, Lana telah memuat naik foto bersama seorang puda kacak di Instagram miliknya.

Foto tersebut mengundang kekecohan di kalangan pengikut-pengikut Lana selepas melihat lelaki  berkenaan mempunyai tatu dan tidak layak untuk menjadi kekasihnya. Bagaimanapun ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Sementara itu, Lana berkata, dia enggan mendedahkan identiti lelaki itu memandangkan foto tersebut telah mengundang kekecohan.

Malah Lana terpaksa membuang foto tersebut daripada laman Instagram kerana dia risau kekecohan tersebut mungkin boleh mengundang perasaan kurang senang individu itu.

“Dia merupakan  jurulatih bagi angkatan tentera kerajaan sebuah negara dan dia risau sekiranya ia menjadi kecoh.

“Sebab itulah saya buang gambar tersebut. Tak adalah orang nak komen bukan-bukan,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ibadah ini berasa teruja apabila hasratnya mahu menyertai aktiviti terjun udara bakal  tercapai.

Beritahu Lana, dia kini sedang menjalani latihan di terowong angin (wind tunnel)  sebelum melakukan aktiviti terjun udara yang sebenar. -mStar.

4 Gambar Nikah Penyanyi Kontroversi, Fiffy Natasya dan Muslim Azman


Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya, 21, sah bergelar isteri kepada juruterbang sebuah syarikat penerbangan, Muslim Azman, 27, di kediaman keluarganya di Putra Height, di sini jam 11 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan berwali bapa pengantin perempuan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Sujak.

Fiffy yang dihubungi memberitahu majlis sebentar tadi berjalan lancar seadanya.

"Saya gembira dan tenang melalui saat baru ini. Tak ada gementar sangat pun. Perasaan biasa-biasa saja."


Malam ini akan berlangsung persandingan kedua mempelai di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya. Pasangan ini bertunang pada 21 Disember tahun lalu.

"Majlis bertandang sebelah suami belum ditetapkan lagi tarikhnya. Berkemungkinan hujung tahun ini dan ia akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan."

Fiffy dan suaminya juga tidak menolak untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

"Bab anak itu kalau ada rezeki cepat, kami terima. Insya-Allah."






Sumber

Lelaki Maut Dipukul Curi Telefon

Gambar Hiasan
Bukit Mertajam: Hanya kerana mencuri telefon bimbit bernilai RM150, seorang lelaki maut dipukul selepas sehari bertarung nyawa di Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 3 petang Jumaat lalu, mangsa, Oi Sim Guan, 38, pada mulanya menumpang lori untuk pulang ke rumahnya di Taman Sejahtera, Alma, di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asistan Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, sejurus menurunkan mangsa, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu hilang dan mengesyaki diambil mangsa.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan berpatah balik dan menemui mangsa berhampiran padang di taman berkenaan.
“Ketika pemandu lori itu bertanyakan mangsa mengenai kehilangan telefon bimbitnya, datang sekumpulan orang awam dan berlaku satu pergaduhan.
“Difahamkan mangsa dipukul hingga tidak sedarkan diri dan dihantar ke HBM oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)." katanya. -metro

Lelaki Sanggup Potong Kaki Tersepit Celah Batu

Foto

Johannesburg: Seorang lelaki sanggup membenarkan kakinya dipotong selepas dia terperangkap di celah batu di sebuah gunung selama lebih 50 jam.
Tsenolo Shadrack Rasello berusaha mencari air di gunung Magaliesber di sini awal Jumaat lalu. 
Namun, selepas kakinya tersekat di celah batu, dia menelefon pasukan penyelamat dengan mengguna telefon bimbit. 

Mereka cuba menariknya keluar dengan memecahkan batu dan mengguna pelincir.
Bagaimanapun, semalam, pasukan itu semakin bimbang mengenai kesihatan mangsa selepas dia terperangkap selama lebih 50 jam dan mengambil keputusan memotong kakinya.
Ketua pasukan penyelamat berkata, dia terpaksa menjelaskan kepada lelaki itu mengenai keputusan itu kerana sudah tidak ada jalan lain untuk menyelamatkannya. 


Bagaimanapun, Rasello, 26, memahami keadaan itu dan dilapor berkata: “Begini, jika anda perlu memotong kaki saya, potonglah, asalkan saya dapat keluar dari sini.” 

Kejadian itu hampir sama dengan peristiwa yang menimpa Aron Ralston yang memotong sendiri tangannya dengan pisau lipat selepas ia tersekat selama 127 jam di celah batu di Utah, Amerika Syarikat pada 2003.- Agensi

Kurung Janda Dalam Bilik Bawah Tanah

Foto
Sichuan: Seorang lelaki ditahan atas dakwaan mengurung bekas isterinya dalam bilik bawah tanah kerana wanita itu meninggalkannya.
Lin Dajun, 40 dilaporkan membina ‘sarang rahsia’ di bawah rumahnya di Deyang selepas isteri pertama dan kedua meninggalkannya.
Suspek didakwa mengumpan isteri pertama, Lin Yan ke rumah untuk ‘berbual’ sebelum merantainya di dalam bilik bawah tanah.
Ketika dalam tahanan, wanita berusia 35 tahun itu diancam bunuh jika cuba meninggalkan rumah, kata polis. Dia didakwa dibenarkan berjalan di sekeliling rumah jika suspek tidak ke mana-mana
Jurucakap polis berkata semalam: “Dia obses terhadap mangsa dan tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah ditinggalkan. Suspek membuat keputusan untuk mengurungnya.

“Sebaik dikurung di dalam bilik itu, dia diugut bunuh jika tidak mendengar arahan dan cuba melarikan diri.”

“Mangsa yang takut dengan ugutan itu tidak berani cuba melarikan diri.

“Apabila suspek berada di rumah, dia dibenarkan berjalan di sekeliling rumah, tetapi semasa ketiadaan suspek, mangsa dirantai semula,” katanya.

Bapa Gigit Pipi Anak Macam Biawak Lepas Gaduh Dengan Isteri


Seorang lelaki 20-an telah menggigit pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya pada hari Jumaat yang lepas selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.

Perbuatan kejam suspek yang berlaku kira-kira jam 11 malam membuatkan kanak-kanak tidak bersalah yang baru berusia tiga tahun tersebut menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.

Sebelum kejadian berlaku, suspek dikatakan bertengkar dengan isterinya kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.

Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu tetapi ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya.



Sumber

Lelaki Culik Budak Untuk Isteri

Sekadar Hiasan
Colombo: Seorang lelaki yang mendakwa disisihkan oleh wanita, menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun untuk membesarkannya sebelum dijadikan isteri.
Lelaki itu dilapor menculik kanak-kanak berkenaan minggu lalu ketika keluarga mangsa tidur. 
Dia kemudian menyembunyikan kanak-kanak itu di hutan di Wellawa dan memberikannya makanan yang dicuri dari rumah jirannya. 

Selepas mendapati sukar untuk berbuat demikian, lelaki itu membawa pulang kanak-kanak berkenaan ke rumahnya dan menyorok mangsa di bawah katil.
Dia dilapor mengikat mulut kanak-kanak itu untuk memastikan dia tidak menjerit.
Perbuatan lelaki itu terbongkar apabila abangnya yang tinggal di sebelah rumahnya, terserempak dengan kanak-kanak itu. 

Apabila dia menyoal suspek mengenai kanak-kanak itu, lelaki berkenaan bertindak menikam abangnya. 

Bagaimanapun, si abang berjaya menangkap lelaki itu dan menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum membuat laporan polis. 

Sementara itu, suspek sempat melarikan diri sebelum polis tiba. 

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia berjaya ditangkap oleh orang ramai dan dibelasah sebelum polis mengambil keputusan untuk campur tangan. 

Lelaki itu sebelum ini dipercayai menculik tiga kanak-kanak lain dengan tujuan yang sama. 

Mangsa dihantar menjalani permeriksaan di hospital tetapi disahkan tidak diapa-apakan. 

Dalam pada itu, lelaki berkenaan mengaku kepada polis dia menculik kanak-kanak berkenaan bukan untuk dibunuh, sebaliknya untuk memelihara dan membesarkan mangsa untuk dijadikan isteri kerana selama ini tidak ada wanita yang sudi menerimanya menjadi suami.-AFP -mymetro

KPN - Buru Alvin Hingga Ke Lubang Cacing


KUALA LUMPUR 28 Sept.- "Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun." Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara.

Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee yang kini berada di Los Angeles, California berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Pada bulan lepas, sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee. Dia turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

Tidak habis di situ, Alvin turut bertindak biadab dengan mengubah suai gambar hidung beberapa pemimpin negara dan Khalid sendiri dengan hidung seekor khinzir serta menuduhnya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang pemimpin.

Menurut khalid. siasatan terhadap kes tersebut telah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk mengaibkan para pemimpin.
"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya.


Utusan 

Suami Biar Isteri Jadi Pelacur


Kuantan – Seorang lelaki layak digelar ‘suami durjana’ apabila sanggup membiarkan isterinya menjadi pelacur dengan bayaran serendah RM50 untuk satu jam di hotel bajet di Jalan Pasar, di sini, kelmarin.

Tindakan jijik itu terbongkar apabila wanita berusia 18 tahun terbabit yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga bulan ditahan bersama 18 pelacur tempatan oleh pasukan anggota polis daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kira-kira jam 10.30 malam.

Difahamkan, wanita itu yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu, sudah setahun mendirikan rumah tangga, namun terpaksa melakukan perbuatan keji itu kerana mahu menyara keluarga selepas suaminya yang berusia lingkungan 20 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Dengan hasil pendapatan haram itu, wanita terbabit memberikan wang kepada suaminya yang tinggal di sebuah bilik sewa di bandar ini membeli barang keperluan dapur termasuk susu anak sebelum dia kembali semula ke markas pelacuran di Jalan Pasar itu.

Pegawai Turus D7 Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu mendakwa terpaksa berhijrah ke bandar ini dari kampung halaman selepas suaminya gagal mendapatkan pekerjaan tetap.

“Siasatan mendapati dia dikesan melakukan perbuatan jijik itu sejak dua tahun lalu dan mengenakan bayaran serendah RM50 kepada pelanggan,” katanya, di sini, semalam. -Hmetro.

Wanita Ini Sanggup Ambil Risiko Kikis Tulang Muka Untuk Kelihatan Cantik



Taiwan - Seorang wanita Taiwan telah melakukan sesuatu yang luar biasa melebihi standard pembedahan kosmetik, dalam usaha untuk mengecilkan saiz mukanya dengan mengkikis struktur tulang mukanya.

Menurut laporan Sina, gadis yang berusia 26 tahun membuat keputusan untuk menjalani prosedur yang dikenali sebagai menstruktur semula tulang muka selepas mukanya sekarang menjadi bahan jenaka.

Pada satu ketika, dia juga digelar 'muka pancake besar'.

Selepas menjalani prosedur, mukanya membengkak dan mengembung seperti saiz belon tetapi selepas tempoh pemulihan sebulan setengah, bengkaknya kembali susut dan dia muncul dengan wajah yang tersendiri dan lebih tajam.

Walaupun hasil yang agak-berjaya dari prosedur, wanita itu mengeluarkan amaran kepada orang lain di luar sana yang mungkin mahu mengikuti jejak langkah beliau.

Doktor yang terlibat dalam pembedahan tersebut mengatakan bahawa pembedahan tulang rahang adalah lebih rumit daripada lain-lain jenis pembedahan, dan kerana itu, risiko komplikasi adalah tinggi. Adalah penting untuk mencari seorang pakar bedah yang baik untuk melakukan pebedahan anda. Beliau berkata, hanya sedikit kecuaian boleh membawa kepada lumpuh dagu, ketidakupayaan untuk membuka dan menutup mulut dengan betul, gangguan saraf muka dan masalah-masalah lain.

Lihat beberapa gambar wanita tersebut.












Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates