Home »
MACAM-MACAM
» Berang Gambar Bogel Anak Saudara Jadi Viral
Berang Gambar Bogel Anak Saudara Jadi Viral
Unknown
9:48 PM
No comments
JASIN - Seorang ahli perniagaan menyerbu rumah seorang lelaki berusia 33 tahun di Taman Kelubi Damai di sini dalam keadaan marah selepas gambar bogel anak saudara perempuannya menjadi viral di laman media sosial.
Ahli perniagaan yang ditemani dua lagi saudaranya menyerbu rumah lelaki tersebut kira-kira pukul 11 malam Isnin untuk merampas puluhan gambar dipercayai aksi hubungan intim anak saudara perempuannya itu dengan lelaki yang dipercayai kekasihnya.
Terdahulu, ahli perniagaan berusia 43 tahun itu terkejut apabila rakannya menunjukkan gambar lucah seorang gadis tempatan dan berusaha mengesan penghantarnya.
Semasa bersemuka dengan lelaki terbabit, ahli perniagaan itu dan saudaranya bertanya kepada lelaki terbabit sama ada benar dia menyimpan gambar lucah anak saudaranya yang berusia 17 tahun di dalam telefon bimbitnya.
Pertanyaannya itu menimbulkan rasa marah hingga berlaku pergaduhan, apabila lelaki berusia 33 tahun itu menafikan dia menyimpan gambar berkenaan, serta enggan menyerahkan telefon bimbitnya.
Difahamkan, ahli perniagaan itu kemudian merampas telefon bimbit lelaki itu dan menjumpai puluhan gambar lucah membabitkan lelaki itu dan anak saudaranya.
Berang dengan apa yang dilihatnya, ahli perniagaan itu meminta lelaki terbabit menceritakan perkara sebenar di sebalik hubungannya dengan gadis tersebut.
Selepas gagal merampas telefon bibitnya, lelaki itu akhirnya mengakui menjalin hubungan intim dengan anak saudara ahli perniagaan itu sejak bekerja secara sambilan di sebuah restoran di sini pada Mei lalu.
Susulan itu, ahli perniagaan itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Jasin supaya menghantar kereta peronda ke kawasan perumahan terbabit sebelum menyerahkan lelaki berkenaan dan kemudian membuat laporan polis kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
Ahli perniagaan itu turut dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes terbabit. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan menerima laporan terbabit. Katanya, kes tersebut dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang untuk siasatan lanjut, lapor mStar.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusa...
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
London: Pemain nombor 10 Brazil tidak akan lagi beraksi pada musim panas ini kerana berdepan retak tulang belakang ketika menentang Colomb...
-
Macam-macam la trend budak-budak sekarang ni. Apa la dibuat terkangkang-kangkang tu. Boleh koyak weh! Adeehhh!!!!. Ini la dikatakan trend ...
-
Rasanya pada zaman sekarang semua orang dah maklum apa maksudnya bila jari tengah ditunjuk. Tak kisahlah jika merujuknya sebagai isyara...





0 comments:
Post a Comment