Pasangan Remaja Kantoi Tumpang Rumah Wanita Tanpa Izin Demi 'Projek'
Unknown
9:42 PM
No comments
Dalam kejadian jam 3.30 petang pada 20 Ogos lalu, wanita berusia 40-an itu baru pulang ke rumahnya sebelum menemui dua remaja tidur di dalam bilik.
Gadis berusia 14 tahun itu memaklumkan, dia dirogol rakan lelakinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila gadis yang tidak lagi bersekolah dikatakan mengikut suspek berusia 16 tahun ke rumah berkenaan kira-kira jam 8 pagi pada hari sama.
Beliau berkata, sebaik sampai di rumah rakannya, suspek mengajak mangsa masuk ke dalam rumah berkenaan kononnya untuk menonton televisyen dan makan.
“Mangsa setuju dengan pelawaan suspek dan disebabkan kepenatan, mangsa masuk ke dalam bilik untuk berehat sementara suspek berbual bersama beberapa rakannya di ruang tamu.
“Bagaimanapun, suspek meninggalkan mangsa di rumah itu untuk ke sekolah dan pulang semula kira-kira jam 2.30 petang.
“Sebaik pulang dari sekolah, suspek memasak dan menghampiri mangsa yang berehat di dalam bilik sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam.
Wan Abd Aziz berkata, selepas melakukan perbuatan itu, kedua-duanya tertidur dan hanya terjaga selepas dikejutkan ibu saudara kepada rakan mereka.
Katanya, wanita terbabit yang terkejut melihat keadaan dua remaja itu menghubungi polis sebelum mereka ditahan.
“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. - Bernama
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusa...
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
London: Pemain nombor 10 Brazil tidak akan lagi beraksi pada musim panas ini kerana berdepan retak tulang belakang ketika menentang Colomb...
-
Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbal...
-
Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah satu kenyataan salah. Ini kerana dosa melakukan...





0 comments:
Post a Comment