Responsive Banner design
Home » , » Didenda RM2,500 Simpan 7 Helai Baju Dalam Curi

Didenda RM2,500 Simpan 7 Helai Baju Dalam Curi

KAMPAR – Seorang buruh hari ini didenda sebanyak RM2,500 dan RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menyimpan harta curi dan gagal menjelaskan pemilikan barangan itu.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara masing-masing enam bulan dan sebulan jika gagal membayar kedua-dua denda berkenaan.
M. Nagenthiran, 28, membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.
Lelaki itu didakwa menyimpan harta curi berupa tujuh helai baju dalam pelbagai warna dan jenama, sehelai baju t-shirt dan sehelai seluar dalam bernilai RM100 milik seorang wanita.
Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Nagenthiran yang tidak diwakili peguam juga didakwa di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingg setahun atau kedua-duanya, kerana gagal menjelaskan dengan munasabah bagaimana dia mendapat barangan curi yang disimpannya itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di alamat kediaman No. C-30 Perumahan Awam 2, Malim Nawar, pada pukul 3 pagi, 3 Sept lepas.
Pertuduhan asal Nagenthiran adalah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah rumah di kediaman mangsa yang sama di Lot 2378 Kampung Muhibbah, Malim Nawar di sini pada pukul 2 pagi hingga 7 pagi, 9 Ogos lepas, dengan tujuan mencuri kesemua barang itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Loke Kok Mun. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates