Ini mungkin dugaan untuk pasangan ini yang bakal menamatkan zaman bujang mereka bersama tidak lama lagi apabila ada segelintir peminat yang menegur sikap manja pelakon Erin Malek dan tunang beliau, Farriz Fauzy di khalayak ramai baru baru ini.
Menurut satu tulisan di akhbar baru baru ini, Erin Malek dan tunangnya dikatakan berkelakuan manja ‘sakan‘ hingga mengundang rasa tidak selesa orang ramai yang menghadiri sebuah acara Matta Fair 2014 yang berlangsung minggu lalu.
“Kami seperti pasangan bercinta yang lain sahaja, cuma mungkin mereka bukan selebriti jadi tidak diberi perhatian, lagipun apa salahnya saya manja dengan tunang saya? Saya sudah tahu akan ada cerita cerita seperti ini, jadi awal-awal lagi saya dan Farriz sudah bersedia tentang perkara perkara buruk yang bakal kami hadapi,” ujar Erin Malek kepada mStar Online.
Erin Malek turut menambah yang beliau tidak ambil peduli akan perkara sebegini kerana banyak lagi perkara ingin diuruskan lebih lebih lagi majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada Oktober ini semakin hampir dan menuntut komitmen.
Sumber
0 comments:
Post a Comment