Responsive Banner design
Home » , » Nahas Libatkan 150 Kenderaan

Nahas Libatkan 150 Kenderaan

Kabus tebal dipercayai menjadi punca nahas menggemparkan di Netherlands.

THE HAGUE - BELANDA. Sekurang-kurangnya dua maut dalam kemalangan melibatkan 150 kenderaan di lebuh raya sesak di selatan Netherlands, semalam.

Pihak berkuasa memaklumkan, insiden menggemparkan itu berlaku di kedua-dua laluan antara bandar Goes dan Middelburg terletak kira-kira 150 kilometer (km) di barat daya Amsterdam.

"Punca nahas itu mungkin disebabkan kabus tebal yang menjejaskan jarak penglihatan pengguna lalu lintas," menurut jurucakap pegawai keselamatan wilayah Zeeland menerusi akaun Twitter rasmi mereka.  

Hans Hubregtse turut memaklumkan sebanyak 50 ambulans dikerah ke lokasi kejadian di Heinkenszand, kira-kira 8 km di luar Goes.

Difahamkan menurut AFP, laluan di kedua-dua arah juga ditutup bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa yang masih terperangkap.

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates