Responsive Banner design
Home » » Panggil Bomba Pindah Pesakit Obes 280kg

Panggil Bomba Pindah Pesakit Obes 280kg

Foto
Georgetown: Sepasukan lapan anggota bomba dipanggil bagi memberikan perkhidmatan bantuan khas memindahkan seorang lelaki mempunyai masalah obesiti dengan berat 280 kilogram.
Difahamkan, lelaki berkenaan dipindahkan dari Wad Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, untuk dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Baru Farlim, Air Itam, jam 3.50 petang semalam.
Berat badan lelaki itu menyukarkan usaha kakitangan HPP memindahkannya sebelum pihak pengurusan memutuskan untuk meminta bantuan bomba.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Mohd Daud Mad Disa berkata, sejurus menerima panggilan sebuah jentera bersama lapan anggota menuju ke HPP untuk membantu usaha memindahkan lelaki berkenaan.
Beliau berkata, lelaki berkenaan M Balagi, 47, diangkat menggunakan pengusung berikutan tidak mampu berdiri dan sukar dipapah.
“Kami mengambil masa satu jam bagi melakukan persiapan mengusung lelaki itu sebelum dia dibawa turun dari tingkat satu bangunan wad berkenaan dan dipindahkan ke dalam van sebelum dihantar ke rumahnya,” katanya.

“Dengan bantuan semua anggota, kakitangan HPP dan lelaki itu sendiri, tugasan itu dilakukan dengan lancar tanpa masalah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, anggota bomba melakukan tugasan itu dengan berhati-hati bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, bomba turut membantu memindahkan lelaki berkenaan untuk dibawa naik ke rumahnya di tingkat sembilan sebuah flat di Bandar Baru Farlim.

Kisah mengenai lelaki berkenaan yang mempunyai masalah obesiti mendapat perhatian umum selepas dia terjatuh ketika berjalan ke tandas di rumahnya pada 26 Oktober tiga tahun lalu. -mymetro

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates