Pasangan Menang Anugerah Selfie Dunia
Unknown
7:09 PM
No comments
Sekeping gambar selfie di hari perkahwinan membawa tuah kepada pasangan Andrew Robinson dan Sally Rose apabila mereka diiktiraf sebagai pememang Anugerah Selfie Dunia.
Gambar berkenaan dirakam pasangan terbabit ketika mereka memeterai perkahwinan di sebuah gereja di Treales, Lancashire.
Kata Robinson, ia bermula dengan sekadar rakaman gambar suatu keseronokan, tetapi juruukur binaan, itu nyata amat teruja selepas menyedari ada pertandingan selfie di Internet.
“Saya memutuskan untuk mengambil selfie setelah mendapat kelulusan daripada paderi dengan menggunakan ‘pengapit lelaki’ saya, iPhone,” katanya.
Ia kemudian menghantar penyertaannya. Sally - jururawat di Hospital Royal Preston - berkata, dia bukan penggemar media sosial dan tidak tahu langsung suaminya menghantar penyertaan.
Pasangan itu bertemu ketika di bangku sekolah lagi dan bertunang selama dua tahun di Menara Empire State.
Gambar selfie pasangan ini dimuatkan dalam ruangan perkahwinan Lancashire Evening Post Julai lalu. Pertandingan berkenaan dianjurkan Mobiles.co.uk dan menerima hadiah telefon pintar pilihan sendiri, selain piala kristal yang terukir dengan selfie mereka.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tergamak merogol ibu saudaranya di Kinabatangan, Sabah, baru-baru ini. Mangsa yang merupakan seoran...
-
“Saloma adik kandung saya jadi saya lebih kenal siapa Solama bersama sejarah hidupnya,” begitulah kata seniwati Mariani Ismail, 81, dalam...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
MUSIBAH banjir di Malaysia, khususnya di Kelantan turut mendapat liputan luas media dunia termasuk akhbar utama di British iaitu Mirr...





0 comments:
Post a Comment