London: Seorang remaja didenda hampir £900 (RM4,700) kerana memainkan lagu ‘You’re Beautiful’ nyanyian James Blunt terlalu kuat walaupun mendakwa dia sebenarnya bencikan irama itu.
Mahkamah diberitahu, pihak berkuasa tempatan Ipswitch menerima aduan bahawa Rebecca Hope, 19, memainkan lagu itu terlalu kuat di kediamannya di sebuah rumah pangsa.
Malah ketika menyiasat aduan itu lapan hari kemudian, seorang pegawai turut mendengarnya memainkan lagu ‘C’est La Vie’ oleh B*Witched.
Akibatnya, Rebecca didapati bersalah mengingkari perintah supaya berhenti membuat bising dikeluarkan pihak berkuasa tempatannya.
Akibatnya, Rebecca didapati bersalah mengingkari perintah supaya berhenti membuat bising dikeluarkan pihak berkuasa tempatannya.
Rebecca bagaimanapun tetap menafikan dia bersalah.
“Buat apa saya mainkan lagu-lagu itu sedangkan saya tidak minat langsung James Blunt.
“Saya lebih suka lagu berirama moden. Kali terakhir saya mendengar lagu James Blunt ketika di rumah ibu di Devon kerana dia memang meminati penyanyi berkenaan. -myMetro
“Saya lebih suka lagu berirama moden. Kali terakhir saya mendengar lagu James Blunt ketika di rumah ibu di Devon kerana dia memang meminati penyanyi berkenaan. -myMetro
0 comments:
Post a Comment