Tentera AS Jalani Latihan Di T'ganu, K'tan
Unknown
12:28 PM
No comments
Kehadiran sekumpulan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di Terengganu dan Kelantan adalah untuk menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama dengan Tentera Darat Malaysia.
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata anggota tentera AS itu adalah dari pasukan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.
"Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam dan pelaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," kata kenyataan itu.
Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota Tentera Darat akan menyertai Eksesais Keris Strike kali ini yang bermula esok hingga 26 Sept.
Menurut kenyataan itu, Eksesais Keris Strike merupakan siri latihan gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen.
Eksesais Keris Strike dijalankan sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan, Kelantan.
"Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir," kata kenyataan itu.
Tentera Darat berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran mengenai kehadiran tentera AS seperti mana yang telah tersebar di kebanyakan media sosial tempatan.
- Bernama
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tergamak merogol ibu saudaranya di Kinabatangan, Sabah, baru-baru ini. Mangsa yang merupakan seoran...
-
“Saloma adik kandung saya jadi saya lebih kenal siapa Solama bersama sejarah hidupnya,” begitulah kata seniwati Mariani Ismail, 81, dalam...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
MUSIBAH banjir di Malaysia, khususnya di Kelantan turut mendapat liputan luas media dunia termasuk akhbar utama di British iaitu Mirr...





0 comments:
Post a Comment