Responsive Banner design
Home » , » Wanita Cuba Bunuh Ibu, Masukkan Racun Dalam Minuman

Wanita Cuba Bunuh Ibu, Masukkan Racun Dalam Minuman


SEORANG wanita didakwa cuba membunuh ibunya dengan memasukkan racun ke dalam minuman ringan yang diminum ibunya.

Tertuduh didakwa melakukan cubaan bunuh itu dengan mengikut plot pembunuhan daripada siri televisyen Amerika Syarikat (AS) Breaking Bad yang ditontonnya.
Kuntal Patel, 37, didakwa memasukkan racun ke dalam minuman Coke Diet milik ibunya, Meena Patel.
Tertuduh melihat ibunya minum minuman tersebut.

Bagaimanapun ibu tertuduh tidak meninggal dunia.

Kuntal yang juga seorang pereka grafik bertindak sedemikian kerana ibunya melarang dia daripada berkahwin dengan teman lelakinya.

"Bukti menunjukkan bahawa Meena bukan wanita yang baik. Namun dia tidak boleh mati dengan cara sebegitu," kata pendakwa Jonathan Polnay di Mahkamah Southwark Crown, London.

Kuntal didakwa membeli racun tersebut dari sebuah laman web pasaran gelap dan dia ditahan selepas disiasat oleh FBI.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan cuba memperolehi toksin tetapi menafikan cuba membunuh ibunya yang berusia 60 tahun itu. Perbicaraan kes bersambung.


0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates