Wanita Cuba Terjun Bangunan Selepas Bertengkar Dengan Teman Lelaki
Unknown
2:43 PM
No comments
KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga tempatan dipercayai cuba terjun dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Raja Laut di sini selepas dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dengan teman lelakinya.
Mangsa berusia 20-an itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan Hang Tuah yang tiba di tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang.
Menurut sumber, mangsa dipercayai gagal mengawal tekanan perasaan lalu bertindak nekad untuk terjun, namun tindakan pantas anggota bomba berjaya memujuk mangsa dan mengawal keadaan.
“Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik hotel di bangunan itu sebelum berlaku pergaduahan antara pasangan tersebut,” katanya kepada Malaysia Gazette di sini.
Orang ramai yang menyedari kejadian itu berkerumun di tepi jalan melihat perkembangan seterusnya sambil mengambil gambar dan merakamkan video insiden tersebut. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut, lapor MalaysiaGazette.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tergamak merogol ibu saudaranya di Kinabatangan, Sabah, baru-baru ini. Mangsa yang merupakan seoran...
-
“Saloma adik kandung saya jadi saya lebih kenal siapa Solama bersama sejarah hidupnya,” begitulah kata seniwati Mariani Ismail, 81, dalam...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
MUSIBAH banjir di Malaysia, khususnya di Kelantan turut mendapat liputan luas media dunia termasuk akhbar utama di British iaitu Mirr...





0 comments:
Post a Comment