Responsive Banner design
Home » , » Wanita Teringat Arwah Ibu, Menangis Sampai Buta

Wanita Teringat Arwah Ibu, Menangis Sampai Buta

Foto
Kuala Terengganu: “Fatimah buta kedua-dua matanya akibat sering menangis apabila teringatkan arwah ibunya yang meninggal dunia 18 tahun lalu,” kata Asmah Salleh, 59, menceritakan kisah hidup sepupunya, Fatimah Sulaiman, 71, yang buta kedua-dua belah mata sejak 10 tahun lalu.
Menurutnya, Fatimah sering termenung dan kemurungan sehingga jatuh sakit akibat teringatkan arwah ibunya dan kesannya 10 tahun lalu, matanya tidak mampu lagi melihat.
“Akibatnya keseluruhan kehidupannya berubah selepas tidak lagi mampu melihat seperti sebelumnya dan hanya bergantung hidup kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Ladang Sahat, di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun buta, namun sepupunya itu mampu menguruskan diri sendiri dan dia hanya membantu menyediakan makanan harian sahaja kepada warga emas berkenaan.
“Fatimah tinggal bersendirian bersebelahan rumah saya, namun bagi menjamin keselamatannya, saya terpaksa mengunci rumah berkenaan, laporan myMetro.

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates