Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, semua suspek berusia antara 17 dan 28 tahun itu ditahan antara jam 10.30 hingga 11.30 malam di kampung yang sama dengan mangsa.
“Hasil maklumat, anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dibantu anggota dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menahan semua suspek.
“Pemeriksaan terhadap suspek menemui beberapa barang milik mangsa yang dilaporkan hilang, termasuk buku akaun bank mangsa,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke institut kewangan di sekitar bandar raya, di sini, semalam. Menurutnya, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek warga tempatan dan tinggal di kampung yang sama dengan mangsa.
“Siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk ujian sampel dan bahan bukti senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
“Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis syabu,” katanya. Menurut Salehhudin, semua suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
0 comments:
Post a Comment