Responsive Banner design
Home » » Tuntutan mutaah Rita Rudaini 13 November

Tuntutan mutaah Rita Rudaini 13 November

Rita Rudaini

MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan kes tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 38, daripada bekas suaminya Aidil Zafuan Abd Razak, 27, didengar di hadapan Hakim Syarie Mawardi Che Man pada 13 November depan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Rushdan Sujak Rafiee yang mewakili Aidil Zafuan selepas selesai sebutan kes di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail, semalam.

“Pada hari ini (semalam) plaintif (Rita) memasukkan jawapan kepada pembelaan yang dikemukakan anak guam saya, Aidil Zafuan pada seisi sebelumnya,” katanya.

Peguam Datuk Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita Rudaini memberitahu, terdapat sembilan jawapan kepada pembelaan diserahkan kepada mahkamah.

“Antara jawapan itu adalah penafian dakwaan defendan (Aidil Zafuan) bertindak keluar daripada rumah kelamin kerana telah menyediakan rumah baharu,” katanya.

Bagaimanapun, Rita dan Aidil Zafuan tidak hadir ke mahkamah.

Sebelum ini, Rita memfailkan permohonan tuntutan itu pada 7 Julai lalu di mahkamah yang sama. -Sinar

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates