Pelakon Cilik Puteri Balqis, Pecah Rekod
Unknown
8:09 PM
No comments
PELAKON cilik berbakat besar, Puteri Balqis Azizi memecah rekod apabila berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis di Anugerah Skrin 2014 (ASK2014), kelmarin.
Kemenangan itu sekali gus memperlihatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun ini menjadi pelakon wanita termuda yang memenangi kategori berkenaan dan menewaskan nama besar dalam kategori tersebut iaitu Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.
Untuk rekod, Datin Paduka Umie Aida membawa pulang trofi berkenaan menerusi drama Aku Bukan Malaikat, tahun lalu.
Sebelum ini, Balqis pernah memenangi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin ke-16 (2012) menerusi drama Pelarian.
Di temui sebaik menerima trofi terbabit, Balqis yang selesa membahasakan dirinya dengan panggilan Aqish mengakui terkejut sebaik diumumkan sebagai pemenang.
"Ini merupakan kali kedua Aqish tercalon dalam kategori ini, kali pertama tahun lalu. Tapi tak sangka Aqish akan menang tahun ini.
"Aqish memang rasa gembira, teruja dan terkejut dengan kemenangan ini. Aqish nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa Aqish, mama Eirma Fatima yang banyak memberi Aqish tunjuk ajar untuk menghayati watak ini.
"Apa pun, Aqish berlakon bukan kerana nak menang anugerah, tapi Aqish berlakon kerana Aqish mahu penonton fahami dengan lakonan Aqish," katanya kepada media.
Mengakui drama Balqis terbitan Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd itu diolah berdasarkan kisah hidupnya, anak kepada pasangan Azizi Aziz @ Adziz dan Norashikin Mohd Aziz ini mendedahkan drama tersebut tetap mencabar buatnya.
"Boleh dikatakan, 90 peratus perjalanan cerita tersebut diolah dari kisah hidup Aqish, tapi ada jugalah yang ditambah.
"Jadi agak mudah untuk Aqish menghayati watak Balqis itu dengan bantuan mama Eirma, tapi apa pun drama itu tetap mencabar kerana Aqish kena faham dengan karakter, minum banyak air dan masuk dengan karakter itu sebelum memulakan penggambaran," katanya yang mengimpikan untuk membawakan karakter kanak-kanak dirasuk selepas ini. - Sinar Harian
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusa...
-
London: Pemain nombor 10 Brazil tidak akan lagi beraksi pada musim panas ini kerana berdepan retak tulang belakang ketika menentang Colomb...
-
Kuala Lumpur: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini menerima khabar gembira apabila bantuan itu akan diagihkan bermul...
-
BEKAS bapa tiri juara Akademi Fantasia 2015, Muhammad Arif Dolah mencabar Sufi Rashid untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau t...
-
SEBELUM ini aktor Kamal Adli pernah dituduh menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan percintaan pasangan pelakon Zizan Razak dan Emma Ma...


.jpg)


0 comments:
Post a Comment