Pelajar Maut Terjun Van Rosak
Unknown
8:14 PM
No comments
Rompin: Tindakan seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjun dari kenderaan yang masih bergerak mengundang padah apabila dia maut akibat parah di kepala dan anggota badan di Kilometer 8, Jalan Bukit Pemandangan berhampiran Bukit Ibam, Muadzam Shah, dekat sini, malam tadi.
Kejadian pada 7.15 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Rosazwan Ashraf Rozaidi, 17, dari Taman Seri Inderapura, Kuantan, maut manakala bapanya yang dikenali sebagai Rozaidi berusia 40-an cedera ringan.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, kejadian berlaku ketika van dipandu Rozaidi dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Kompleks Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Ibam, dekat sini, ke kuarters berhampiran.
Namun ketika menuruni bukit, secara tiba-tiba brek kenderaan terbabit dikatakan gagal berfungsi menyebabkan ia meluncur laju.
"Situasi itu menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang belakang panik lalu bertindak membuka pintu kenderaan terbabit dan terus melompat keluar.
"Van yang dipandu bapanya kemudian hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan lalu terjunam ke dalam gaung kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa terjun," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi. - Harian Metro
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
London: Pemain nombor 10 Brazil tidak akan lagi beraksi pada musim panas ini kerana berdepan retak tulang belakang ketika menentang Colomb...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusa...
-
Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbal...





0 comments:
Post a Comment