Responsive Banner design
Home » , » Remaja Sorok Mayat Kekasih Dalam Almari

Remaja Sorok Mayat Kekasih Dalam Almari


Mexico City: Seorang remaja belasan tahun menghadapi tuduhan membunuh teman wanitanya yang berusia 17 tahun selepas mangsa berang setelah mengetahui dia bercinta dengan wanita lain. Yael Eduardo Espinosa Guerrero, 19, merayu polis mencari teman wanitanya, Silvia Paredes Moedano yang dilapor hilang minggu lalu. Dia juga cuba membantu mententeramkan keluarga mangsa.

Tetapi realitinya, Guerrero menyembunyikan mayat Silvia dalam almari di kamar tidurnya selepas dia mencekik mangsa hingga mati. Guererro bertindak demikian selepas Silvia mengetahui dia juga bercinta dengan wanita lain, Elia Carbajal Becerril, 22.

Lelaki itu yang masih belajar melakukan pembunuhan itu di rumahnya di Tultitlan, utara Mexico City dan kemudian menyembunyikan mayat mangsa di dalam almarinya. Dia juga dilapor meminta bantuan Elia untuk mencari mayat berkenaan yang disembunyikannya selama tiga hari sebelum ia ditemui polis.
Selepas Silvia ‘hilang’ minggu lalu, Guerrero mengiklankan dalam akhbar tempatan: ‘Di mana juga anda berada, ada orang yang merindui kamu. Kami berharap anda sihat.”

Kelmarin, ketika menyoal siasat ibu bapa Guerrero di kediamannya, polis menemui beg tangan mangsa di dalam bilik pelajar itu. “Beg tangan itu mempunyai kesan darah. Apabila dia pulang, anggota kami bertanya mengenai beg itu, tetapi dia melarikan diri.

“Dia akhirnya ditangkap dan cuba merasuah angggota kami untuk membebaskannya,” kata jurucakap polis tempatan Macabeo Garcia. -hmetro

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates