Bayi Lahir Dengan Tiga Tangan - BHAVANGAR, India : Sekumpulan doktor di Hospital Awam Ahmedabad di negeri Gujarat berjaya membuang tangan seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan tiga tangan.
Pembedahan terhadap bayi berusia dua minggu tersebut dilakukan oleh seorang doktor pakar, Dr. Rakesh Joshi pada 17 Disember lalu.
Bayi tersebut yang memiliki dua tangan kiri berpunca daripada sindrom polymelia yang menyebabkan dia dilahirkan dengan lebihan anggota badan.
Keadaan itu terjadi apabila satu daripada dua embrio di dalam rahim yang sepatutnya menjadi kembar siam berhenti membesar lalu meninggalkan anggota badannya melekat pada bayi yang lahir.
Sindrom berkenaan sangat jarang terjadi dan hanya ditemui satu dalam sejuta kelahiran.
Joshi berkata, bayi tersebut bukan saja dilahirkan dengan tiga tangan tetapi dia turut memiliki kaki kanan yang bengkok serta hanya mempunyai satu buah pinggang. – Agensi