Dicekup Ketika Sedang Buat Bom Untuk Huru-hara Malaysia
Unknown
12:47 PM
No comments
KUALA LUMPUR – Mereka melakukan ujian letupan bom di kaki gunung dan sedang merancang untuk melakukan ujian bom lebih besar jauh di dalam hutan sebelum melakukan keganasan di Lembah Klang.
Bagaimanapun, mereka yang dipercayai mempunyai kaitan dengan militan IS ini tidak mampu untuk mewujudkan huru-hara yang mereka mahu.
Polis menahan 12 suspek militan ketika mereka mencampurkan bahan kimia untuk membuat bahan letupan. Mereka dikatakan mempunyai bahan yang cukup untuk membuat bom radius 500 meter dari pusat letupan.
Anggota sel pengganas dikatakan merancang serangan ke atas lebih daripada lima sasaran, termasuk bangunan kerajaan, kelab malam dan pusat hiburan lain.
Ia adalah kali pertama anggota militan ditangkap dengan instrumen kemusnahan dan huru-hara, dalam yang digambarkan sebagai peringkat baharu gerakan itu di negara ini.
Bahagian Anti-Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman telah menahan 11 lelaki di kaki gunung Hutan Lipur Gunung Nuang di Hulu Langat pada Sabtu, ketika mereka mencampurkan bahan kimia untuk membuat alat-alat letupan (IED).
Ini diikuti oleh penangkapan pemimpin kanan sel di sebuah rumah di Cheras, Ahad.
“Mereka yang ditahan di Gunung Nuang telah merancang untuk menguji IED di puncak gunung itu,” kata sumber berkenaan.
“Pihak berkuasa percaya mereka sudah menguji beberapa bahan letupan yang lebih kecil di kaki bukit.
“Apabila ujian mereka berjaya, militan telah merancang untuk menjalankan serangan tidak lama lagi,” kata sumber itu.
Dalam operasi itu PDRM berjaya merampas lebih kurang 20kg serbuk dipercayai ammonium nitrate, 20kg serbuk potassium nitrate dan lebih kurang dua liter cecair dipercayai minyak tanah.
Selain itu, dua unit alat kawalan jauh, alarm motor, empat jenis bateri 9 volt, penimbang digital, dua biji penyukat, pelbagai jenis wayar, tiga batang paip PVC dan penutup, bendera IS dan beberapa peralatan dipercayai untuk digunakan bagi menghasilkan bahan letupan turut dirampas.
Sumber berkata sel itu mampu membuat pelbagai bom dan jika semua bahan-bahan digabungkan, ia boleh membuat bom dengan letupan radius 500m.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sel pengganas itu merancang untuk melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi strategik dan infrastruktur kerajaan di Lembah Klang.
“Rancangan untuk melancarkan serangan oleh anggota SEL ini adalah sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria.
“Tujuan mereka adalah untuk melancarkan serangan ke atas kepentingan negara Islam sekular yang didakwa sebagai musuh mereka dan sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan mereka yang disyaki terlibat dengan IS oleh PDRM,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad.
Seramai 95 suspek militan telah ditangkap sebelum ini.
Khalid berkata kesemua suspek lelaki yang berusia antara 17 dan 47 tahun, ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah BAB VI A – kesalahan berkaitan dengan keganasan dan disiasat di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574).
“Selain itu, mereka juga akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Malaysia telah mengambil langkah tegas dalam mengekang aktiviti IS di dalam negara dan di peringkat antarabangsa dengan memburu mereka yang dipercayai terlibat dengan IS.
Undang-udang tegas iaitu Akta Pencegahan Keganasan (POTA) untuk mengekang ancaman IS turut diperkenalkan baru-baru ini.
Sumber lain berkata militan sememangnya telah beralih ke peringkat seterusnya dalam operasi mereka iaitu membuat bom dan mendekati lokasi sasaran dengan jarak dekat.
“Ia adalah sangat membimbangkan kerana ia telah mencapai tahap kritikal dan mereka benar-benar fanatik dalam kepercayaan mereka.”
Antara yang ditahan terdiri daripada ahli perniagaan dan pelajar universiti. Tiada seorang pun daripada mereka pernah pergi ke Syria.
Sumber itu berkata, sel pengganas yang telah merancang melakukan penyelarasan serangan, walau bagaimanapun menolak Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur dan Langkawi sebagai sasaran.
“Mengebom sasaran bertujuan untuk menimbulkan kekacauan dan mengganggu negara ini,” kata
beliau sambil menambah anggota militan itu berhubung dengan militan Malaysia lain di Syria.
Difahamkan, salah seorang suspek, seorang lelaki berusia 30 tahun, mengaku bahawa dia belajar untuk membuat bahan letupan di internet, lapor mStar
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sejak bersara daripada dunia nyanyian hip hop, Malique yang pernah popular dengan kumpulan Too Phat nampaknya terus mendiamkan diri malah l...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Seorang wanita cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kem...
-
Sekadar Hiasan IPOH – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu diliwat seorang lelaki dalam sebuah rumah kosong berhampiran sebuah ladan...
-
“Saloma adik kandung saya jadi saya lebih kenal siapa Solama bersama sejarah hidupnya,” begitulah kata seniwati Mariani Ismail, 81, dalam...
0 comments:
Post a Comment