SHAH ALAM - Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau mempersoalkan, sekiranya Dr Mahathir yang merupakan pakar dalam bidang pengurusan ekonomi negara tidak arif tentang cukai berkenaan, siapa lagi yang lebih arif dari pemimpin tersebut.
“Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Dr Mahathir akan lebih faham tentang GST?
“Dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Timbalan Menteri Kewangan yang berkata Dr Mahathir disifatkan masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga menyarankan kerajaan agar membatalkan pelaksanaan cukai tersebut.
Semalam, Dr Mahathir menggesa GST dimansuhkan kerana cukai sedia ada sebelum GST sudah mencukupi.
0 comments:
Post a Comment