GAMBAR seorang kanak-kanak yang mengangkat tangan menyerah kerana menyangka dirinya akan ditembak mengundang simpati pengguna media sosial baru-baru ini. Apa cerita di sebalik gambar kanak-kanak ini?
Memetik laporan BBC, gambar yang di ambil pada tahun 2014 tersebut, menjadi perhatian pengguna-pengguna laman sosial selepas dikongsi dilaman mikro Twitter oleh Nadia Abu Shaban, jurufoto yang berpangkalan di Gaza.
Gambar tersebut diambil oleh seorang jurufoto Turki, Osman Sagırlı yang kini bekerja di Tanzania.
Menurut Osman, kanak-kanak tersebut menyangka kameranya adalah senjata yang mahu menembaknya.
"Saya tahu, dia takut selepas saya mengambil gambarnya dan jika dilihat gambar tersebut dia mengetap bibirnya sambil mengangkat tangannya jelas menunjukkan dia ketakutan.
"Kebiasaannya kanak-kanak akan lari, menyembunyikan muka mereka atau senyum apabila mereka melihat kamera," katanya.
Kanak-kanak itu bukanlah seorang budak lelaki, tetapi seorang kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun, Hudea.
Hudea mengembara ke kem-kem pelarian kira-kira 10km dari sempadan Turki dengan ibunya dan dua adik-beradik iaitu kira-kira 150 km dari rumah mereka di Hama.
Gambar tersebut diambil di kem pelarian Atmeh di Syria, pada Disember tahun lepas.
Tambah Osman lagi, gambar tersebut menunjukkan ketakutan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak pelarian.
"Ia mencerminkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya.
Gambar mula-mula diterbitkan dalam akhbar Türkiye pada Januari lalu, di mana Osman telah bekerja selama 25 tahun sebagai jurufoto yang melaporkan mengenai peperangan dan bencana alam di luar negara.
Ia kini mula menjadi viral di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Barat sejak minggu lepas. -Sinar
0 comments:
Post a Comment