Responsive Banner design

‘Picture Of The Day’ Di PRK Permatang Pauh

GAMBAR seorang gadis bertudung membonceng motosikal sambil menunjukkan isyarat lucah pada hari pengundian di Permatang Pauh telah disifatkan netizen sebagai ‘Picture Of The Day’ di media sosial.
Wanita terbabit yang membonceng motosikal sambil membawa bendera parti politik dilihat galak menunjukkan ‘jari tengahnya’ sekaligus menggambarkan betapa kecohnya Permatang Pauh hari ini.
Dilaporkan dua kumpulan peraih undi Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa disuraikan oleh pihak polis di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa sekitar jam 9.40 pagi tadi.
Namun persoalan bermain di fikiran kebanyakan kita, pastinya di manakah nilai akhlak seorang gadis Islam yang mencemarkan imej agamanya sendiri?
Pada masa sama, imej yang dipaparkan gadis ini sebenarnya cuma memalukan parti yang diwakilinya.
– MYNEWSHUB.CC

Pelajar Pedofil Malaysia: Biodata Si Genius Matematik

PELAJAR genius matematik Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin,23, sememangnya mempunyai butir-butir peribadi yang menarik.
Namun, akibat melakukan jenayah melibatkan moral yang dahsyat, dia telah dijatuhi hukuman penjara selepas didapati memiliki, membuat serta menyebar gambar lucah kanak-kanak di London.
Nur Fitri ditangkap pada November lalu kerana memiliki lebih 30,000 gambar serta video lucah melibatkan kanak-kanak sekaligus memburukkan identiti dirinya sendiri.
Berikut biodata pelajar genius yang berasal dari sebuah daerah di negeri Perak ini.
Nama Penuh: Nur Fitri Azmeer Nordin
Umur: 23 Tahun
Asal: Malim Nawar, Perak
Gelaran: Pelajar Genius Matematik Malaysia
Pendidikan Terkini: Imperial College, London
Pendidikan Menengah: Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
Kejayaan: Pernah Menyertai Kejuaraan Olimpik Matematik di Amsterdam
Kesalahan: Ditangkap kerana memiliki dan menyebar gambar dan video pornografi kanak-kanak
Hukuman Penjara: Menurut laporan akhbar British, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 9 bulan sejak ditahan pada November lalu dan mempunyai baki 4 bulan lagi.
Melihat daripada biodata Nur Fitri ini, jelas dia bukan seorang pelajar biasa, dia juga merupakan harapan yang boleh menaikkan nama negara serta keluarga.
Tetapi akibat kejahilan diri sendiri, dia telah memusnahkan segala harapan.
Jika benar dia diberi peluang kedua oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), diharap jangan dipersiakan sekali lagi kesempatan yang ada kerana tidak semua pelajar memiliki tuah sebegitu.
nordin5

nordin3

nordin
nordin-2

Lelaki Bernafsu Pelik, Cabut Gigi Wanita Sewaktu Seks


Wellington – Seorang lelaki New Zealand yang mempunyai nafsu pelik terhadap wanita yang tidak bergigi didapati bersalah semalam atas tuduhan menyerang dan mencabul kehormatan wanita.
Pendakwa raya menggambarkan kes itu sebagai pelik selepas Philip Lyle Hansen, 56, didakwa mencabut gigi seorang wanita dengan menggunakan playar ketika mengadakan hubungan seks.
Mahkamah di sini mengambil masa selama enam hari bagi pihak pendakwaan mengemukakan bukti mengenai tabiat seksual pelik Hansen dan obsesinya terhadap pergigian.
Empat wanita turut memberi keterangan selepas Hansen mengaku tidak bersalah atas 10 tuduhan yang berkait dengan insiden itu sejak 1988 hingga 2011.
Hansen kemudian disabitkan atas lima pertuduhan serangan dan mencabul kehormatan.
Bagaimanapun, juri membebaskannya daripada empat lagi tuduhan termasuk satu tuduhan merogol.
Mahkamah memberitahu, lelaki itu yang mempunyai sikap suka mengawal dan menguasai, lebih sukakan wanita tidak bergigi.
Seorang wanita menceritakan bagaimana ketika mereka melakukan hubungan seks, lelaki terbabit secara tiba-tiba mengeluarkan playar dan cuba mencabut giginya.
Tambah wanita itu, Hansen pernah merangkul kepalanya ketika dia sedang tidur dan cuba mencabut giginya. – AFP -mynewshub

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates