SEORANG wanita berusia 59 tahun dan selayaknya digelar nenek kerana sudah memiliki dua orang cucu ini ternyata dikagumi kerana kecantikannya yang luar biasa dan kelihata muda daripada umurnya.
Yasmina Rossi merupakan seorang model dalam industri fesyen antarabangsa dan masih giat serta laku dalam pasaran kerana keunikan serta kecantikan yang dimilikinya itu.
Memulakan karier sebagai peragawati seawal usia 20-an, Yasmina yang lahir di Perancis pada tahun 1955 ini sememangnya mempunyai pengaruh yang besar dalam industri berkenaan kerana pernah bekerjasama dengan jenama terkemuka antarabangsa seperti Marks and Spencer, Hermes, Macy’s, Yves Saint Laurent dan banyak lagi.
Kejelitaan yang terpancar di dalam setiap gambar model ini sentiasa dikagumi. Rambutnya yang berwarna silver sejak berusia 12 tahun itu dikatakan telah menjadi kelebihan kepada dirinya selama dia berkecimpung dalam bidang ini.
Model yang boleh dikategorikan dalam warga emas itu menyatakan dia tidak ada rahsia dalam memiliki rupa paras serta tubuh badan yang cantik selama ini.
Hanya mengamalkan pemakanan organik setiap hari, meletakkan minyak tertentu pada tubuh dan mengamalkan senaman untuk kecergasan diri, wanita itu percaya sedikit sebanyak ia memberi pengaruh kepada kecantikan dirinya. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment