Seorang gadis di Indonesia yang panik selepas ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen menunjukkan kepada polis kad izin berpacaran yang direkanya sendiri.
Malangnya, gadis itu bukan sahaja dikenakan tindakan kerana tiada lesen memandu, tetapi turut disiasat atas tuduhan cuba mempermainkan pihak berkuasa dengan menunjukkan kad berkenaan.
Kejadian melucukan itu menjadi viral selepas disebarkan kumpulan pemotoran di laman Facebook baru-baru ini.
Gadis itu yang dikenali sebagai Maya Riyanti dikatakan ditahan polis ketika menunggang motosikal di Jakarta.
Polis terkejut dengan tindakan Maya menunjukkan kad izin berpacaran itu yang lengkap dengan tanda tangan ibu bapanya terus memarahinya menyebabkan dia menangis dan meminta maaf.
Kad seperti itu dibuat hanya untuk tujuan suka-suka dan menjadi trending di kalangan pemuda-pemudi, lapor HarianMetro.
0 comments:
Post a Comment